Riena Diana Akui Pernah ‘Belanja’ Foto Lebih Seksi Sebelum Ini, “6 Tahun Dulu..”

Sponsored

Pelakon yang cukup terkenal dengan karakter Lailer dalam Kampung People, Riena Diana baru-baru ini menjadi perhatian ramai selepas memuat naik foto bersama rakannya ketika menyambut tahun baru berberapa hari lalu.

Umum sedia tahu Riena Diana baru-baru ini mendedahkan sudah putus dengan teman lelakinya setelah menyulam cinta selama 4 tahun bersama. Bagaimanapun, perkongsian sempena sambutan tahun baru yang dimuat naik menerusi akaun Instagram milik pelakon ini memaparkan Riena Diana mengenakan tank top hitam dan skirt pendek membuatkan ramai mengkritiknya.

Sponsored

Walaupun begitu, Riena Diana beri reaksi mengenai kritikan yang mengatakan pakainannya agak menjolok mata tersebut. Dalam satu video yang menjadi perhatian ramai di TikTok, dilihat Riena Diana menjelaskan mengenai isu pakaian tersebut.

Berikut adalah rakaman yang dimuat naik oleh seorang pengguna Tiktok dengan nama akaun amin_hazlan ini:

Sponsored
@amin_hazlan

Riena Diana ulas terima kecaman netizen kata dirinya semakin suka ‘belanja’ di media sosial #berandatiktok #rienadiana #fyp

♬ original sound – Amin Hazlan – Amin Hazlan

Dalam rakaman tersebut Riena Diana akui pernah memuat naik gambar lebih seksi dari itu 6 tahun lalu. Katanya pada waktu itu ramai sangat yang mengecam hingga membuatkan Riena rasa ‘down’ dan nak tutup Instagram.

“Masa tu I rasa sangat down and nak tutup Instagram. Tapi selepas beberapa tahun dalam industri ni, I kena belajar untuk lebih terbuka dan terima pendapat orang lain.”

Sponsored

Berikut adalah temubual penuh Riena Diana akui pernah lebih seksi yang dimuat naik di saluran Youtube mStar:

Malah kedengaran suara wartawan bertanyakan adakah isu seksi ini berkait dengan putus cinta? Riena Diana tertawa mendengarkannya dan menjawab seperti berikut:

“Tak pun sebenarnya tak de kena mengena dengan sesiapa…I cuma nak tunjuk diri sebenar kat sosial media. Tapi doesn’t mean korang boleh cakap macam-macam”

Dalam pada itu, Riena juga menyarankan kepada mereka yang rasa tidak selesa melihat penampilannya itu supaya tidak lagi mengikuti akaun media sosial miliknya.

“Secara jujurnya ramai yang komen kata nak unfollow Rienalah macam ni. Tapi bila saya tengok profile orang komen tu mostly semua tak unfollow pun saya lagi.” Ujar Riena.

SumbermStar