Penyanyi Zizi Kirana, yang sebenarnya bernama Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, telah mengejutkan netizen dengan memuat naik sebuah tweet yang membuatkan netizen tertanya dan keliru.
Dalam tweet tersebut, Zizi menyatakan bahawa wanita sering menggunakan perasaan mereka dan disebabkan oleh itu, mood mereka akan menjadi tidak stabil. Sementara lelaki pula lebih kerap menggunakan akal “panjang” mereka untuk bohong.
Perkongsian Twitter Zizi Kirana
Selain itu, dalam posting yang lain, penyanyi berusia 37 tahun itu menegaskan bahawa penipu akan sentiasa menipu dan perkaran ini juga akan menyebabkan golongan tersebut sering bertanya-tanya mengapa hidup mereka sentiasa tidak tenang.
Zizi seorang yang cemburu
Sebelum ini, terdapat spekulasi yang mengatakan bahawa Zizi seorang yang cemburu kerana kerap dilihat menemani suaminya, Yusuf Bahrin bekerja. Namun, Zizi telah menafikan spekulasi tersebut dengan menyatakan bahawa dia hanya sekali-sekala sahaja mengunjungi suaminya di lokasi penggambaran, terutama jika mempunyai masa lapang.
Sebelum ini, pelakon Intan Najuwa lebih berhati-hati ketika bergandingan dengan suami Zizi Kirana iaitu Yusuf Bahrin untuk mengelakkan sebarang kontroversi yang tidak diingini berlaku. Sebagai maklumat, Zizi telah mendirikan rumah tangga bersama Yusuf Bahrin pada 19 September tahun lalu, selepas satu bulan bernikah secara sah.