Penjelasan Ubai Belikan Cincin Untuk Shila Amzah, “Bukan Cincin Kahwin Tapi Cincin…”

Sponsored

“Bukan cincin kahwin, tapi cincin….”, ini jawapan pempengaruh yang juga teman lelaki, Shila Amzah setelah video pasangan bercinta ini di kedai cincin tular di sosial media.

Sebelum ini penyanyi popular, Shila Amzah ada memuat naik satu video dengan paparan dirinya bersama teman lelaki, Ubai membeli cincin. Kapsyen Shila Amzah yang menyatakan seperti berikut turut menjadi tumpuan ramai.

Sponsored

“Akhirnya sha setuju. Terima Kasih buat semua yang mendoakan yang baik2..Semoga Allah permudahkan segalanya.”

Berikut adalah rakaman Ubai belikan cincin untuk Shila Amzah yang dimuat naik menerusi akaun Instagram milik penyanyi tersebut:

Sponsored

Bagaimanapun menerusi laporan Gempak, Ubai belikan cincin untuk Shila Amzah ini sebenarnya adalah sebagai ‘tanda’ dan bukanlah cincin kahwin seperti yang tular.

Menurut Ubai, cincin itu sebagai tanda untuk membawa hubungan ke arah lebih serius.

Sponsored

“Bukan cincin kahwin tapi cincin tanda untuk hubungan lebih serius. Doakan yang baik-baik untuk kami. Kami tak rancang kebetulan lalu di sebuah kedai dan saya terbekenan dengan sebentuk cincin. Shila cuba dan sesuai”

Mengulas lanjut mengenai hubungan mereka, Ubai beritahu mereka mahu fokus kepada kerjaya mereka dahulu. Tambahan pula selepas raya ini Shila akan fokus dengan konsert. Ubai pula mahu memfokuskan kerjayanya sebagai produser.

“Setakat ini kami memang ada merancang untuk ke fasa seterusnya. Tapi buat masa sekarang saya lebih fokus kepada kerjaya sebagai seorang produser. Apatah lagi selepas raya ini Shila perlu fokus pada konsertnya pula”