Kejadian menimpa pasangan pelakon popular, Uqasha Senrose dan Kamal Adli cukup mendapat perhatian tidak hanya peminat malah ramai rakan selebriti yang dalam pada masa sama terkejut. Mana tidaknya, pasangan ini dikenali sebagai selebriti yang baik.
Jadi perkara tersebut begitu mengejutkan industri hiburan tanah air yang mendoakan keselamatan dan kesihatan mereka. Walau bagaimanapun, pengacara tersohor yang menggangap Uqasha Senrose juga sebagai adiknya turut tampil bertanyakan keadaan dia dan suami.
Pada awalnya, perbualan Pak Nil dan Uqasha Senrose dapat didengari oleh orang ramai namun disebabkan privasi, Pak Nil bercakap dengan Uqasha Senrose yang dalam pada itu, dia juga beberapa kali terkejut dengan kejadian menimpa mereka selepas diceritakan oleh Uqasha Senrose sendiri.
Uqasha Senrose bagaimanapun akui dia merasa terkedu dengan kejadian tersebut. Pak Nil juga berkata kepada dirinya dia akan cuba tolong dengan caranya sendiri. Dia juga berharap agar Uqasha Senrose kekal kuat dan mendoakan dia dan suami yang sudah dianggap adik.
Perbualan Pak Nil dengan Uqasha Senrose itu selepas dikongsikan mengundang orang ramai meninggalkan pelbagai reaksi diruangan komen selain setuju untuk mereka mengambil bodyguard. Namun begitu, Pak Nil juga berharap jika selepas ini melihat artis mempunyai bodyguard tidak dikritik.
‘Trauma ni buat susah nak tidur…’
‘Lepas ni kena sediakan bodyguard…’
‘Saya sangka macam drama tv tapi sekarang in real life…’