Kata tahu ‘budak’ mana, video Aaron Aziz bantu Uqasha Senrose dipuji netizen, “Malik in real life”

Sponsored

Kejadian menimpa pelakon, Uqasha Senrose dan Kamal Adli di Singapore membuatkan tidak hanya peminat malah ramai rakan selebriti juga risau dengan pasangan ini. Umum diketahui, Kamal Adli juga semakin stabil selepas kejadian menimpanya baru-baru ini.

Namun begitu, Uqasha Senrose dikatakan masih trauma dengan kejadian tersebut. Selepas Uqasha Senrose berkongsikan kejadian awal terjadi di Instagram, komen pelakon aksi popular Aaron Aziz juga mencuri tumpuan ramai apabila dia yang juga sebagai warga Singapore memintanya agar dia menghubungi dirinya.

Sponsored

Namun begitu, terbaharu Aaron Aziz menjadi tumpuan ramai peminatnya apabila dia tampil membantu pasangan berkenaan. Malah terdapat juga satu rakaman pendek yang dikongsi semula peminat apabila dia berkata dirinya tahu lelaki tersebut ‘budak’ mana yang semua sedia tahu sudah ditangkap.

@roseee.saraee

Replying to @roseee.saraee tuww kabel nyahh, doa yang baik baik ! #kamaladl #malik #aaronadziz #klgangster

♬ suara asli – 4K A k i n 🦉 – Kinz4K

Video yang dikongsi pemilik akaun roseee.saraee itu membuatkan orang ramai sekali gus peminat lakonan Aaron Aziz juga kagum dengan dirinya sehinggakan ruangan komen dihujani pelbagai reaksi oleh netizen disamping ramai yang teringat akan lakonannya dalam filem KL Gangster sebagai Malek.

Sponsored

‘Member tengah shoot dengan tatto lagi fuh memang ngam Malik!!’

‘Singapore tempat Malek lah dulu, habis argh’

Sponsored

‘Aah dia dulu gangster Singapore, MasyaAllah sekarang lain cara explain pun matang. Alhamdulillah. Ramai tolong Uqasha dan Kamal’

‘Jangan sampai dia comeback macam dulu’

Menerusi video penuh dikongsikan Aaron Aziz di Instagram bagaimanapun dia berulang kali mendoakan kesihatan Kamal Adli dan juga Uqasha Senrose.