Pernah digelar ‘kembar’ akhirnya foto bersama, Mira Filzah & Qasrina Karim buat ramai teruja

Sponsored

Pelakon baharu, Qasrina Karim membuatkan ramai begitu teruja melihatkan perkongsian terbaharu dirinya diruangan Instagram sehinggakan dengan pantas berjaya meraih ribuan tanda suka. Ini kerana dia memuat naik foto bersama pelakon, Mira Filzah bagi berkongsikan perkembangan terbaharunya.

Umum diketahui, Qasrina Karim semakin mendapat perhatian dalam dunia lakonan apatah lagi dalam sebuah drama berjudul Legenda Puteri Qaseh yang mana lakonannya itu juga mendapat perhatian di media sosial.

Sponsored

Terbaharu, Qasrina Karim mengundang rasa teruja ramai selepas dia memberikan bayangan bakal bergandingan dengan pelakon, Mira Filzah dalam sebuah karya yang mana menurut kapsyen yang ditulis ia diberi judul, Imam Instant Ustazah Scammer yang akan datang pada 5 March nanti.

Namun begitu, bukan itu sahaja yang mengundang rasa teruja peminat dengan perkongsian pelakon jelita berkenaan, ini kerana dia yang pernah viral kerana mempunyai iras dengan wajah pelakon, Mira Filzah sehingga dikatakan seperti kembarnya mencetuskan foto tersebut dengan pantas meraih perhatian ramai.

Sponsored

Pernah tular dikatakan macam kembar

Hantaran tersebut bagaimanapun membuatkan Qasrina Karim dihujani dengan pelbagai reaksi diruangan komen apabila peminat sambut baik gandingan dia dan Mira Filzah yang akhirnya berlakon bersama.

Sponsored

“Your face dah kecik dah as i remember but hers lagi kecil?? My gashhh”

“Macam adik and kakak lawanya dua duaaa”

“Finally!!! Berlakon bersama”

“I kennot muka sama”