Dikritik Muka Biasa-Biasa, Mierul Aiman Akui Tak Terasa Hati, “Mereka Berhak Untuk Kata Apa Sahaja…”

Sponsored

Baru-baru ini, pelakon Mierul Aiman telah menyertai pertunjukan fesyen sebuah jenama tempatan dalam mempromosikan koleksi baju Melayu mereka. Video pelakon itu memperagakan baju Melayu tersebut juga kemudiannya tular di media sosial di mana rata-rata netizen memuji ketampanannya.

Namun ada juga segelintir netizen yang memberikan kecaman dan mengatakan pelakon itu mempunyai rupa paras yang biasa-biasa sahaja dan tidak layak dijadikan model. Malah ada yang mempertikaikan mengapa pelakon itu diberikan peluang untuk menjadi model buat jenama tersebut.

Sponsored

Susulan kritikan yang diterimanya ini, Mierul tampil memberikan respon mengenai kecaman yang diberikan oleh netizen. Menurutnya, dia tidak terasa hati dengan komen tersebut dan menganggap ianya perkara biasa yang perlu dilalui oleh seorang selebriti.

“Bila ada yang kata wajah saya ni biasa-biasa sahaja dan seperti orang kebanyakkan, saya tak tersinggung. Mereka berhak untuk berkata apa sahaja dan itu lumrah sebagai anak seni.”

Sponsored

Tambahnya, sebagai seorang selebriti pastinya kehidupan dia akan menjadi perhatian ramai termasuklah dari hasil kerjanya atau apa sahaja yang dilakukannya di luar. Namun Mierul menganggap ini juga bermaksud orang ramai mula sedar akan kehadirannya di dalam industri seni tanah air.

Pelakon yang kini terkenal dengan drama High Council ini juga berpendapat kecantikan bukan hanya tertumpu kepada luaran sahaja tetapi dalaman juga. Jelasnya, ia boleh ditonjolkan dengan menunjukkan personaliti dan sikap yang baik kepada orang ramai.

Sponsored

“Ditambah pula kita ini sebagai orang Melayu yang kaya dengan adat dan adab. Adab merupakan tiang seri dalam kehidupan. Saya menghargai setiap pandangan orang luar terhadap diri saya.”

Bercakap mengenai kemunculannya di pertunjukan fesyen itu, Mierul memberitahu dia hanya melakukan apa yang diminta oleh pihak penganjur sahaja. Malah kedatangannya itu juga bukan hanya kosong semata-mata tetapi untuk mencipta persembahan pada malam tersebut.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.