Penyanyi Naqiu Boboy selepas memenangi gelaran juara Gegar Vaganza musim keenam (GV6) membuatkan dia semakin menjadi sorotan peminat di media sosial. Kerjayanya sebagai penyanyi juga semakin aktif, sekali gus perkembangan terbaharunya itu mengundang rasa senang ramai.
Naqiu Boboy tidak dinafikan cukup popular kerana bakatnya dan jarang terpalit kontroversi menyebabkan dia antara penyanyi yang sehingga kini mendapat tempat di hati peminat. Umum diketahui, Naqiu Boboy bahagia bersama isteri, Hani dan dua anak perempuannya serta tiga anak lelakinya.
Naqiu Boboy sentiasa jadi sorotan ramai
Meskipun begitu, terbaharu satu rakaman video Naqiu dan isteri nampaknya menarik tumpuan beribu warganet untuk hadir menonton klip video pendek yang dikongsikan buat tatapan umum ini apabila memaparkan juga gelagat sweet pasangan tersebut.
Dalam klip video yang menerima ribuan tanda suka ini memaparkan Naqiu bersama isterinya sedang merakam video bersama, ternyata gelagat sweet mereka membuatkan ramai memuji mereka. Dek kerana, Naqiu juga antara penyanyi lelaki kesukaan ramai para wanita sehingga menjadi ‘crush‘ buat peminat, sempat pula isterinya ini menerima pertanyaan.
Tak cepat melatah, hargai peminat
Reaksi isteri penyanyi popular ini juga dilihat tidak cepat melatah. Dalam pada itu, ratusan komen ditinggalkan peminat buat pasangan berkenaan dan peminat juga mendoakan yang terbaik buat mereka.
‘Kak, saya crush…’

‘Ish no worries la mana boleh marah awak…’

‘Sweet sangat’

‘Alah alah so cute’

