Nampaknya sekian lama menantikan siapakah yang bakal bertanding di peringkat akhir konsert Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) telah terjawab pada minggu lalu apabila Shila Amzah, Jaclyn Victor, Tomok, Bob Yusof, Hazrul Nizam dan kumpulan V.E layak ke pusingan akhir untuk berada di pentas GV9 pada malam ini.
Pada minggu lalu, mengejutkan peminat apabila Dina Nadzir dan Fuad Rahman tersingkir di separuh akhir konsert Gegar Vaganza. Namun begitu, pada malam ini enam penyanyi yang mempunyai keistimewaan masing-masing bakal berentap di pentas akhir.
6 peserta di GV9 akhir
Walau bagaimanapun, umum diketahui saban minggu Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) antara yang dinanti-nantikan juga merupakan dua hos, Kak Lina Pompom dan Nabil Ahmad yang mana ada-ada sahaja telatah spontan mereka yang tidak hanya mengundang penonton sahaja tergelak malah juri tetap seperti Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Syafinaz Selamat kini juga terikut lucu disebabkan mereka.
Itulah juga antara keistimewaan Gegar Vaganza apabila hos turut memainkan peranan menghiburkan penonton. Jadi mendengarkan pada malam ini adalah malam akhir GV9, ada peminat yang turut bersedih kerana akan rindu dengan lawak Kak Lina Pompom bersama Nabil Ahmad. Meskipun begitu, sebentar tadi outfit digayakan oleh Kak Lina turut viral di media sosial.
Dipuji macam Kupu-Kupu
Dalam pada terhibur dengan telatah Kak Lina ketika pembukaan GV9 sebentar tadi, outfit Kak Lina turut dipuji ramai apabila kelihatan seperti Kupu-Kupu.
‘Harap last sekali ada persembahan Kak Lina…’
‘Cantik betul…’
‘Wow cantik nya…’
Sumber: Media Hiburan