Rossa Sera Dedah Masih Diganggu Orang Ketiga, Nafi Rujuk Dengan Shuk Sahar

Sponsored

Kisah rumahtangga pelawak dan pengacara, Shuk Sahar dan Rossa Sera bukanlah baru dihebohkan. Pelbagai kisah telah didedahkan hinggalah baru-baru ini dilihat Shuk Sahar dan Rossa Sera telah mengerjakan Umrah bersama.

Paling terbaharu, Rossa Sera dilihat memuat naik pelbagai bukti yang melibatkan kontroversi rumahtangga mereka sebelum ini didakwa diganggu ketiga dalam perkahwinan mereka.

Sponsored

Menerusi muat naik itu juga Rossa memberitahu dia sudah pun bercerai dengan Shuk Sahar. Selain dari itu dia menceritakan selama empat tahun sudah banyak perkara mengajar dan mengakui kini hubungan mereka sebagai kawan lebih baik.

“Kita merancang Allah yang menentukan..Walaupun jalan memisahkan kita tapi mendekat kita dengan Allah. Alhamdulillah so happy tengok kamu berubah,” tulis Sera di Instagram Stories miliknya.

Sponsored

Malah wanita kuat ini juga sempat menceritakan sedikit tentang ugutan yang diterimanya.

Rossa Sera juga mendedahkan Shuk cuba membetulkan kembali keadaan menerusi kiriman Whatsap. Namun Rossa Sera menolaknya untuk kembali kepada Shuk.

Sponsored

Selain dari itu Rossa Sera dedahkan masih diganggu orang ketiga dan tidak akan biarkan individu berkenaan turut ganggu anak-anaknya.

Turut didedahkan Sera tidak puas hati apabila wanita berkenaan melakukan pelbagai perkara dengan ugutan sehingga menyebabkan dia dan Shuk sudah pun berpisah.

“Aku sanggup mengalah demi masa depan dan kesihatan mental kami. Kau ugut macam-macam sampai dah bercerai berai pun..”, Rossa Sera dedah masih diganggu individu itu.

Turut didedahkan wanita itu sering maki hamun dan sehingga ke hari ini Sera tahu Shuk tengah mencuba untuk jadi lebih baik dan disebabkan itu dia menyokong bekas suaminya itu hingga ke hari ini.

Rossa Sera juga akui dan dia yakin ramai pasangan yang kena ugut sama seperti kes mereka.

“Kami laki bini punya tersepit kau ugut. Video, gambar, conversation dan lain2. Kau tau ni punca rezeki dia nak sara anak bini..”, Rossa Sera dedah masih diganggu dengan wanita berkenaan.