Siti Nurhaliza Jadi Pengulas Ramalan Cuaca Di TV, Ada Yang Terkejut Dan Seakan Tak Percaya!

Sponsored

Sebut sahaja nama Dato’ Sri Siti Nurhaliza pastinya ramai yang mengenali penyanyi nombor satu negara ini. Bakat nyanyiannya bukan calang-calang, namanya bukan sahaja dikenali di tanah air, malah di negara luar juga.

Terbaharu semalam, Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ti menunjukkan bakat sebagai pengulas ramalan cuaca pula. Kemunculan figura kesayangan ramai di kaca televisyen petang dan malam tadi telah menarik perhatian ramai.

Sponsored

Sesuatu yang jarang-jarang berlaku apabila Siti Nurhaliza jadi pengulas ramalan cuaca dalam Berita Wilayah jam 5 petang dan Berita Perdana jam 8 malam di saluran berita RTM.

Malah sebelum itu juga, Siti Nurhaliza ada memaklumkan akan muncul sebagai pengulas ramalan cuaca di saluran televisyen tersebut menerusi laman Facebook miliknya.

Sponsored

Disebabkan kemunculan Siti Nurhaliza sebagai pengulas ramalan cuaca ini jarang-jarang berlaku, ramai peminat figura ini teruja menyaksikan kerjasama antara penyanyi kesayangan ramai dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) serta Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Malah ada juga yang berkongsikan rakaman ketika Siti Nurhaliza jadi pengulas ramalan cuaca ini menerusi akaun TikTok berikut:

Sponsored

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa terkejut dan teruja dalam masa sama apabila kemunculan Tok Ti di kaca televisyen sebagai pengulas ramalan cuaca. Berikut antaranya:

“Tak pasal2 orang ramai tengok berita TV1 haha”

“Mak cakap tadi, tengok tu sama betul muka dia macam Siti Nurhaliza..Sekali toleh, memang Siti Nurhaliza la ni..Ketawa kami. Ye la tak percaya baca berita pasal cuaca..”

“Tadi sekali tengok macam tak percaya..Ya lah Dato Siti. 2 kali tengok baru percaya..Terbaik”

“Tulah tengok tadi..Suara macam Siti Nurhaliza..Rupa iras2 Siti Nurhaliza..Rupa2nya memang Siti Nurhaliza”