Puteri Sarah Liyana Buat Video Miming Pasal Berbini Dua, Netizen ‘Berkampung’ Di Komen Beri Sokongan

Sponsored

Sejak beberapa hari lalu, Malaysia sekali lagi heboh mengenai kontroversi perkahwinan Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof. Sebelum ini pelbagai cerita timbul yang mana ada dakwaan orang ketiga dalam rumahtangga pasangan selebriti tersebut.

Kemelut dan masalah yang timbul ini masih belum menemui jalan penyelesaian. Malah baru-baru ini Puteri Sarah dedah terima mesej yang mana Syamsul Yusof dipercayai sudah bernikah dengan Ira Kazar dalam diam.

Sponsored

Perkara tersebut didedahkan dan menimbulkan pelbagai gosip di sosial media. Biarpun dalam kekecohan tersebut, Puteri Sarah Liyana memuat naik satu video mengenai berbini dua di Instagram miliknya.

Berikut adalah video miming pasal berbini dua yang dimuat naik menerusi akaun Instagram milik pelakon dan model ini:

Sponsored

Biarpun pun video tersebut hanya miming pasal berbini dua, namun ia mendapat perhatian ramai kerana sesuai dengan situasi gosip rumahtangga pasangan selebriti itu. Malah di ruangan kapsyen, Puteri Sarah Liyana menulis seperti berikut:

“Mesti ada syaratkan 😉 Isteri2 setuju tak 😜 tapi kena lebih lagi kan”

Sponsored

Muat naik tersebut boleh dikatakan memerli ini telah meraih lebih 300 ribu tontonan dan ramai yang meninggalkan komen di ruangan perkongsian tersebut seperti berikut:

“Bini sikit punya lawo gini pon serius aku tak paham macam mana si Syamsul yang aku rasa boleh tahan rupa jugak tu bole dia terpandang si Ira tu”

“Sanggup ek kawen tak de majlis pastu sorok2 macam tu. Dasar…”

“Dulu aku suruh ko bertahan kan..Sekarang aku rasa ko dah kena buat decision untuk kebahagian diri ko sendiri dulu..”

“Dia nk sangat kan..U bagi je bekas u dekat dia..Tak payah la nak share2 buat sakit jiwa je yang jadi mangsa nanti anak2”