Suami Fatin Afeefa Dituduh Riak Tayang Pendapatan RM76K Seminggu, “Dah Lah Single, Tak Ada Duit Pula…”

Sponsored

Semenjak mendirikan rumah tangga dengan suaminya Aliff Awang, pelakon Fatin Afeefa sering kali menjadi perhatian netizen di media sosial. Pasangan ini juga selalu merakamkan video bersama di platform Tik Tok dan menunjukkan gelagat mesra mereka.

Baru-baru ini pula, sebuah video dari sesi ‘live’ yang dilakukan pelakon itu tular dan meraih tontonan ramai. Di dalam video yang dikongsikan itu, kelihatan Fatin Afeefa menjawab soalan-soalan yang diajukan netizen semasa sesi ‘live’ itu sebelum turut disertai suaminya yang mesra dipanggil Opai.

Sponsored

Apa yang membuatkan ramai terkejut ialah Opai kemudian menunjukkan pendapatannya trading forex di mana dia mendapat RM75,915 dalam seminggu. Opai turut berseloroh ‘membahan’ kaum single yang menonton ‘live’ tersebut kerana tidak dapat membuat perkara yang dilakukannya itu.

“Dah lah single, takde duit pula tu. Hari ini saya dapat 15,000USD (RM67,000). Minggu ni saja dah buat 17,500USD (RM76,000). Korang semua sayuran!”

Sponsored

Perkongsian itu kemudiannya menerima pelbagai reaksi dari netizen yang menganggap lelaki itu cukup riak dan berlagak dengan kemewahan yang dimilikinya itu. Malah ada juga yang tersinggung dengan kenyataan yang dikeluarkan lelaki itu tentang mereka yang masih belum berkahwin.

Dalam masa yang sama, ada juga yang meminta netizen menyimpan video tersebut sebagai bukti sekiranya sesuatu berlaku kepada lelaki itu pada masa hadapan. Video yang dimuat naik di akaun pengguna Tik Tok itu kini telah meraih dua juta tontonan setakat ini.

Sponsored

“Jangan nanti jatuh terduduk pulak opai haha.”

“Dah lah single, takde duit pulak tu, terasa hati orang bang.”

“Bukan main dia meninggi diri eh, hehehe. Doakan dia terus maju jaya.”

Sekadar info, Fatin Afeefa mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama pilihan hatinya, Aliff Awang dalam sebuah majlis tertutup. Berita pernikahan pelakon ini juga turut membuatkan ramai yang terkejut kerana Fatin Afeefa tidak memaklumkan lebih awal mengenai tarikh pernikahannya itu.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok