Terima Hadiah Bunga Dari Jejaka Misteri, Ramai Teka Zarina Anjoulie Sudah Ada Pengganti

Sponsored

Seperti yang diketahui ramai, hubungan di antara pelakon Zarina Anjoulie dan Datuk Seri Elzy sudah pun terputus di pertengahan jalan. Namun sebelum ini, bekas tunang pelakon itu memaklumkan akan berjumpa dengan bapa Anju bagi membincangkan tentang hubungan mereka ini.

Walaupun tidak dapat dipastikan apakah status hubungan mereka kini, perkongsian terbaru dari Anju semalam telah mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen. Di dalam video yang dimuat naik itu, Anju berkongsikan hadiah bunga yang dikirimkan oleh seseorang buatnya.

Sponsored
@zarinaanjoulie_

u always put a smile on my face thank u ❤️

♬ original sound – Zarina anjoulie – Zarina anjoulie

Turut kelihatan sejambak bunga ros berwarna merah bersama kad ucapan yang diberikan oleh individu itu. Berdasarkan pada kad ucapan itu, nama pengirim yang menghadiahkan bunga itu dipanggil sebagai Grayson sekaligus mengundang tanda tanya.

Perkongsian yang dimuat naik Anju ini turut dihujani dengan pelbagai soalan dari netizen yang bertanyakan sama ada pelakon itu sudah berjumpa pengganti. Malah ada juga yang bertanya sama ada hubungannya bersama bekas tunang sebelum ini sudah tamat ataupun sebaliknya.

Sponsored

Walau bagaimanapun, rata-rata netizen tetap mendoakan Anju akan diberikan kebahagiaan yang selayaknya dan berharap pelakon itu dikurniakan jodoh yang terbaik buatnya. Video yang dimuat naik di akaun Tik Tok pelakon itu kini telah menerima hampir setengah juta tontonan setakat ini.

“Gorgon saya kenal. Hat ni saya tak kenal.”

Sponsored

“Takut nama je lain orang yang sama.”

“Setahu saya dato je yang tahu anju minat ros merah. Tu hari dato kan bagi sejambak besar ros merah.”

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok