Siap Dapat Bunga Ros, Ramai Setuju Zarina Anjoulie Kembali Semula Dengan Zoey Rahman, “Ni Baru Sepadan…”

Sponsored

Baru-baru ini, pelakon Zarina Anjoulie mencuri tumpuan ramai apabila dia memuat naik beberapa gambar bersama Zoey Rahman. Macam yang semua tahu, pasangan ini pernah menjalinkan hubungan istimewa sebelum ini namun ianya terputus di tengah jalan.

Di dalam hantaran yang dimuat naik di Instagram, Anju dilihat melakukan siaran langsung bersama Zoey bagi mempromosikan produk kosmetik keluaran pelakon lelaki itu. Bukan itu sahaja, Anju turut menerima sekuntum bunga ros merah yang diberikan oleh Zoey sebagai tanda penghargaan.

Sponsored

Malah mereka juga kemudiannya dilihat keluar makan bersama di sebuah restoran selepas selesai melakukan siaran langsung itu. Menerusi ruangan kapsyen, Anju memberitahu dia ingin mencari jodoh buat rakan baiknya itu sekaligus mencuri tumpuan ramai.

Walaupun kedua-duanya kini hanya bergelar teman rapat sahaja, ramai yang memuji hubungan akrab di antara mereka ini. Bahkan netizen menganggap Anju dan Zoey kelihatan lebih sepadan bersama dan mendoakan hubungan mereka yang terputus sebelum ini kembali bersatu semula.

Sponsored

Perkongsian yang dimuat naik oleh Anju ini turut dihujani dengan komen-komen positif dari netizen yang berharap kedua-dua pelakon ini bakal mendapat jodoh yang terbaik untuk mereka. Walaupun tidak lagi bersama, netizen berharap mereka dapat mengekalkan hubungan baik ini.

“Anju dengan Zoey boleh still berkawan berbaik takde membuka aib mana-mana pihak ok je.”

Sponsored

“Ni baru sepadan. Pinang dibelah dua.”

Sebelum ini, hubungan di antara Anju dan bekas tunangnya menjadi bualan ramai apabila timbul beberapa perbalahan sesama mereka di media sosial. Namun dikatakan bekas tunangnya bakal berjumpa dengan bapa Anju untuk berbincang mengenai hubungan mereka tidak lama lagi.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.