Tiga senior Hero Remaja jadi bualan netizen, “Semua dah jadi hak orang”

Sponsored

Fattah Amin, Saharul Ridzwan dan Syafiq Kyle membuatkan ramai menggamit memori dengan sebelum kemunculan mereka menjadi pelakon hebat di Malaysia mendapat perhatian ramai. Umum diketahui, ketiga-tiga pelakon ini merupakan senior Hero Remaja.

Ketiga pelakon senior berkenaan adalah antara peserta yang terlibat dalam program Hero Remaja 2011/2012 yang mana Fattah Amin adalah juara dan Syafiq Kyle pula naib juara.

Sponsored

Senior Hero Remaja jadi bualan netizen

Satu muat naik video oleh seorang individu yang menunjukkan wajah Syafiq Kyle, Fattah Amin dan Saharul Ridzwan sebelum dan selepas disaat terlibat dalam Hero Remaja 2011/2012 dan setelah itu mereka menjadi antara pelakon hebat di Malaysia dengan penampilan juga cukup berbeza membuatkan mereka hangat menjadi tumpuan.

Sponsored

“Senior Hero Remaja nak lalu ni boss,” tulis pemilik akaun tersebut yang turut menarik orang ramai untuk meninggalkan pelbagai komen. Mana tidaknya, rata-rata netizen juga kagum melihat kejayaan ketiga-tiga Hero Remaja itu yang kini menjadi pelakon hebat dalam dunia filem.

Selain daripada itu, nampaknya ramai tertarik jika mereka bertiga sebagai pelakon senior yang boleh dimasukkan dalam drama yang kini trending antara pelakon lelaki baharu berjudul Projek High Council.

Sponsored

‘Cer diorang warden kat Projek High Council perghh hahaha’

‘Saharul dah macam captain America’

‘Jemput diorang masuk High Council kasi tangkap anak-anak ikan tu confirm naik wayang bole kasi pecah la…’