Sejak akhir-akhir ini timbul beberapa isu kurang enak didengar mengenai reviu restoran yang diusahakan oleh pelawak dan pengacara terkenal, Danial Zaini. Restoran diusahakan oleh anak seni berusia 30 tahun ini bernama Paku & Pontianak.
Untuk info, restoran tersebut sebelum ini pernah tular di sosial media kerana memiliki konsep agak unik. Namun disebabkan komen pelanggan kurang memuaskan, restoran ini telah menjadi bahan kritikan ramai.
Isu restoran dikecam ini bermula apabila seorang pelanggan tidak berpuas hati dengan layanan diterima semasa mengunjungi ‘Paku & Pontianak’ bagi meraikan sambutan ulang tahun rakannya baru-baru ini.
Danial Zaini mohon maaf
Terbaharu, Danial Zaini sendiri memohon maaf dan menjelaskan apakah yang berlaku sebenarnya. Penjelasan Danial Zaini ini dimuat naik menerusi akaun Twitter miliknya seperti berikut:
Akan ambil tindakan undang-undang
Tambah Danial lagi, ada beberapa kenyataan palsu dikeluarkan pihak tak bertanggungjawab dan berunsurkan fitnah. Susulan itu Danial akan ambil tindakan undang-undang kepada pemfitnah.
Tidak mahu panjangkan lagi isu
Tulis Danial lagi, dia sendiri tidak mahu bersikap mempertahankan diri dan bertanggungjawab atas kekurangan kepada pelanggan di restorannya itu.
Teguran boleh dibuat dengan betul
Jelas Danial lagi dia akur dengan kesilapan yang dilakukan dari pihaknya. Sekali lagi Danial Zaini mohon maaf. Namun dia berharap pelanggan tersebut boleh buat teguran dengan betul kerana dia sendiri ada di lokasi kejadian pada waktu itu.
Apa-apa pun harapnya isu ini dapat diselesaikan dengan baik.