Zarina Anjoulie Mohon Maaf Diri Tak Cukup Sempurna, “Saya Masih Struggle Untuk Berubah Slow2”

Sponsored

Sejak beberapa hari ini kecoh di sosial media dengan status hubungan Zarina Anjoulie dan tunangnya yang didakwa sudah pun tidak bersama lagi. Sebelum ini Zarina Anjoulie sering berkongsikan video dan foto bersama kekasih hatinya itu.

Namun baru-baru ini pelakon wanita berkenaan memberikan bayangan yang hubungan dengan tunangnya, Datuk Khazrul Elzey sudah pun putus.

Sponsored

Menerusi muat naik di Instagram Stories, Zarina Anjoulie mohon maaf kepada semua pihak kerena menyifatkan dirinya masih belum cukup sempurna.

“Saya minta maaf saya tak cukup sempurna..Saya masih struggle untuk berubah slow2 hari satu satu hari ada yang boleh terima saya seadanya dengan ikhlas..Let me heal ini peace ya I love you guys so much”

Sponsored

Malah menerusi muat naik terbaharu di TikTok, Zarina atau lebih mesra dengan panggilan Anju juga meminta supaya semua orang faham yang kini dia sedang dalam proses ‘healing’ dan perlukan ketenangan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan kata-kata semangat buat Anju dan berharap supaya pelakon wanita ini bertemu dengan pasangan sesuai dan terbaik buatnya.

Sponsored

Berikut antara yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian Zarina Anjoulie mohon maaf tersebut:

“Be strong dear, Allah sebaek2 perancang. Bia jodoh sampai lambat asal kan dengan orang yang tepat”

“Moga dipermudahkan segala urusan mu Anju sayang. Sis harap yang baik2 wat U Anju. Amin2. InsyaAllah”

“Moga dapat hadapi ujian ini dengan tabah…Moga jodoh kuat agar dapat bersatu semula..InsyaAllah”

“Anju ni nampak orang yang positif sangat. Semoga Allah jumpakan dengan jodoh yang terbaik..Aminn”