Disamakan Wajah Dengan Ira Kazar, Ini Reaksi Datin Alyah

Sponsored

Nama isteri kedua Syamsul Yusof, Ira Kazar sejak akhir-akhir ini kembali menjadi sebutan ramai selepas pendedahan pengarah terkenal itu mengenai status hubungan mereka sebelum ini.

Dalam kekecohan itu Ira Kazar dilihat tidak memuat naik sebarang foto mahupun video menerusi akaun Instagram miliknya. Namun terbaharu wanita berkenaan berkongsikan video dirinya sedang bermain yang mengundang dakwaan Ira Kazar sebenarnya tidak hamil kerana terlalu lasak.

Sponsored

Dakwaan muka Alyah sama dengan…

Walau bagaimanapun, baru-baru ini penyanyi dikenali sebagai Datin Alyah memuat naik satu video meminta warganet berhenti mengatakan mukanya sama seperti orang lain.

Dalam rakaman tersebut, Datin Alyah memberitahu meskipun manusia mempunyai 7 orang wajah serupa dalam satu dunia tapi tak perlulah beritahu tentang hal itu dalam setiap video dikongsikannya.

Sponsored

Netizen turut ‘tag’ nama wanita berkenaan

Katanya juga netizen bukan hanya meninggalkan dakwaan disamakan wajah dengan Ira Kazar tersebut, malah turut ‘tag’ nama wanita yang dikatakan memiliki wajah seiras dengannya itu di ruangan komen.

“Setiap kali saya buat video, mesti cakap orang yang sama. Kalau ikutkan saya ni dah tua dah, lahir tahun 81. Terpaksa pula ikut muka budak itu padahal kita lahir dulu.”

Sponsored

Reaksi netizen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memberikan respon mengenai rakaman Alyah yang kurang senang bila disamakan wajah dengan Ira Kazar, isteri kedua Syamsul Yusof berkenaan.

“Ya Allah tak sama eh..Lawa lagi kak Alyah sungguh awet muda”

“Nak tegur macam seseorang tu tapi takut la haha yes ni Alyah”

“Datin tetap maintain cantikk..Jangan risau..Lain tak sama”

“Jauh beza Datin lagi cantik dari orang tu. Apo yang samanya”