Naim Daniel Dan Nabila Razali Disatukan Dalam Satu Karya, Ramai Akui Terhibur!

Sponsored

Naim Daniel dan Nabila Razali dua nama yang cukup popular dengan bakat lakonan dan nyanyian mereka berdua. Pelapis dalam dunia hiburan tanah air yang cukup hebat dalam menghiburkan orang ramai.

Terbaharu, Naim Daniel dan Nabila Razali digandingkan dalam sebuah telefilem berjudul Rombongan Cik Kiah Ke AJL yang disiarkan secara eksklusif di Tonton. Menerusi perkongsian dua selebriti ini di Instagram, dipaparkan sedikit teaser bagi telefilem lakonan mereka itu.

Sponsored

Berikut adalah teaser telefilem berkenaan yang dimuat naik dan telah mencuri perhatian ramai itu:

Lain macam ya Nabila Razali dan Naim Daniel berlakon bercakap dalam loghat Perak! Nampak macam Naim Daniel memegang karakter sebagai bekas teman lelaki Nabila dengan nama Udin.

Sponsored

Mempromosikan judul ini, Nabila Razali mengajak orang ramai menonton telefilem ini di aplikasi tersebut.

“Tak sioww le teman Udin oiii..Tak cukup inciiii!. Korang pegi tengok Rombongan Cik Kiah Ke AJL kat tontonmy cepat!!”

Sponsored

Meninjau di ruangan komen, ada yang terhibur menyaksikan lakonan mereka berdua ini. Namun ada juga yang meninggalkan reaksi kurang senang apabila kedua pelakon ini dilhat terlalu berusaha untuk bercakap dalam loghat Perak.

Berikut adalah reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian ini:

“Bella ni berlakon ngan sesape pun chemistry la..Naim2 kau memang la..Kat High Council pun kau best gak”

“Hahaha aduh sakit nya sampai kat sini..Stay strong Udinnn”

“Bedeoh! Lama tak dengo ayat tu haha”

“Cerita menarik..Tapi loghat peghok tu tak real langsung..Awok orang peghok ni bila dengor deme try hard untuk cakap peghok..Rasa macam nak tampi sekor2..Cer cari pelakon yang cakao peghok bebeno sikit..Ni kome main taram je”