Hairul Azreen kongsi keadaan kaki, “Aduhh memang tak boleh duduk diam kan??”

Sponsored

Baru-baru ini peminat dan rakan selebriti mendapat khabar yang mengejutkan tentang keadaan pelakon, Hairul Azreen apabila dimaklumkan bahawa dia tidak dapat meneruskan shooting The Original Gangster.

Makluman yang dikongsikan di ruangan Instagram berserta beberapa keping foto Hairul Azreen ini menyebabkan dirinya menerima doa ramai tentang kesihatannya. “Dukacita dimaklum saya tak dapat teruskan shooting The OG, disebabkan lutut kiri saya putus.”

Sponsored

Mengikut tinjauan di Instagram Hairul Azreen bagaimanapun dia dilihat telah selesai menjalani pembedahan. Pada awalnya, Hairul Azreen berkata masih dalam keadaan pening sebaik sahaja selesai pembedahan namun lepas beberapa jam, dia dilihat semakin sedar dengan baik.

Hairul Azreen kongsi keadaan kesihatan

Sponsored

“Saya boleh pijak tapi kaki kena sentiasa lurus masa berjalan, pastu kena pakai knee brace sentiasa, cuma tak boleh bengkokkan lutut masa berjalan lebih daripada 90 darjah, walaupun hari ini saya dah boleh bengkokkan lutut 90 darjah,” tulis Hairul Azreen.

Walau bagaimanapun nampaknya perkongsian berserta video dia yang dilihat berjalan perlahan-lahan mengundang rakan dan peminat merasa risau dan menasihatinya agar berehat.

Sponsored

“Dok diam laaaaa”

‘Aduh memang tak boleh duk diam kan??? Gws brother!’

‘InsyaAllah kita sama je, banyakkan fisio, dengar apa dr cakap apa yang boleh apa yang tak ok’

‘Adehh aku pulak gerun tengok. Rest dulu la bro’