Peniaga nasi lemak RM1 dituduh ‘kacau’ rezeki pengusaha kantin berhampiran, ramai suruh laporkan pada PBT

Sponsored

Baru-baru ini tular pula di sosial media dengan satu rakaman yang dimuat naik oleh seorang peniaga nasi lemak RM1 didatangi oleh individu dikatakan juga berniaga menu sama. Perkongsian video tersebut memaparkan individu itu menegur peniaga nasi lemak RM1 yang menjual di tepi jalan berkenaan.

Kedengaran pada awalnya individu yang menghampiri itu bertanyakan mengenai nasi lemak yang dijual. Namun lama-kelamaan suasana tenang bertukar tegang selepas peniaga nasi lemak RM1 mempertahankan tindakannya berniaga di kawasan berkenaan.

Sponsored

Menerusi rakaman yang tular itu kedengaran individu yang mendatangi gerai nasi lemak RM1 itu adalah pengusaha kantin dari kawasan berhampiran. Kata pengusaha kantin itu dia turut menjual nasi lemak berlauk dan mengadu makanannya tidak habis dijual disebabkan peniaga nasi lemak RM1 berkenaan.

Berikut adalah rakaman dua peniaga nasi lemak yang ‘berdepan’ dan meluahkan rasa tidak puas hatinya yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok:

Sponsored

Malah kedengaran juga pengusaha kantin itu mengeluh dan berasa tidak adil kerana dia perlu bayar sewa RM900 sebulan untuk menjual nasi lemak berlauk. Namun wanita yang menjual nasi lemak RM1 itu buka meja sesuka hati dan secara tak langsung telah ‘menyekat’ rezekinya.

Dalam rakaman kedua yang dimuat naik oleh pengguna aplikasi ini, kedengaran suara lelaki itu memberitahu dia tidak mahu buat laporan pihak berkuasa dan memilih untuk menegur peniaga berkenaan dulu.

Sponsored

Bagaimanapun, meninjau di ruangan komen rata-rata warganet meminta pengusaha kantin terbabit untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa. Malah ada juga yang akui faham perasaan pengusaha kantin tersebut.

Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian video tersebut:

“Saya faham perasaan abang ni sebab saya pun meniaga bayar sewa kedai, lesen, PBT, SSM dan lain-lain tapi orang lain main pacak memang panas la”

“Salah akak ni. Bradee tuh tender, sewa kedai. Akak pacak meja dalam kawasan dia. Nayaa ohh”

“Aku faham bro tu..Dia tak puas hati sebab..Dah la sewa tempat si akak tu free2 je datang berniaga makanan yang sama..Lain la dia sewa jugak baru fair”

“Report saja la bang. Biar majlis perbandaran angkut le. Abang takde kuasa untuk halau atau ambil tindakan. Biar pihak berkuasa ambik tindakan”

SumberTikTok