Ibu neelofa Kongsi Amalan Dan Petua Murah Rezeki Terima Pelbagai Reaksi, “Kenapa Reka Yang Tiada Dlm Nas?”

Sponsored

Perkongsian Ibu Neelofa dikenali sebagai Datin Noor Kartini mengenai amalam membaca Bismillah bagi membuka pintu rezeki telah mengundang perhatian ramai. Menerusi satu video yang dimuat naik semula di Twitter memaparkan ibu kepada usahawan dan selebriti berkenaan sedang berkongsikan amalan.

Namun rakaman ibu Neelofa kongsi amalan tersebut telah menerima pelbagai reaksi dari warganet. Dalam video yang tular ini kedengaran Datin Noor Kartini berkongsikan amalan dan pantang larang membaca Bismillahi Rahmani Raheem.

Sponsored

Menurutnya amalan dan pantang larang tersebut adalah seperti yang dikongsikan oleh seorang Ulamak terkenal dari Thailand yang dikenali sebagai Baba Aziz.

“787 kali Bismillahi Rahmani Raheem. Selepas 40 hari kita akan nampak kesan dia. Tak boleh tinggal, tak boleh lebih, tak boleh kurang”, kata ibu Neelofa kongsi amalan tersebut.

Sponsored

Berikut adalah perkongsian yang dimuat naik semula di Twitter dan kemudiannya mendapat perhatian umum:

Perkongsian amalan murah rezeki ini telah menerima pelbagai reaksi dari netizen. Malah terbaharu seorang individu yang juga ahli akedemik mengulas mengenai perkara tersebut.

Sponsored

Menurut individu tersebut yang juga pemilik akaun Twitter dengan nama Dr. Abu Hafiz ini meminta untuk orang ramai ikut ‘petua’ selebriti.

Malah menurutnya tiada dalam hadith sahih yang menulis untuk amalan baca bismillah sebanyak 787 kali untuk murah rezeki.

Malah di ruangan komen, timbul perdebatan dari netizen mengenai perkongsian dari ibu selebriti berkenaan. Berikut antaranya:

“Orng kata orang kaya ni, ujian dia lebih berat sebenarnya. Lagi susah daripada orang yang susah. Betul orang kata anggap itu sebagai tips nak berjaya. Tapi in term of agama baik guna Al-Quran dan hadis”

“Kalau macam ni lah gaya baru aku faham kenapa ada negeri perlukan tauliah untuk beri ceramah agama paroh weh”

“Orang Melayu memang suka benda-benda macam ni. Tak payah kerja keras..”

SumberTwitter