“Berani betul…”- Netizen tegur imej, Hawa Rizwana mohon maaf

Sponsored

Nama Hawa Rizwana kini semakin mendapat perhatian dalam dunia hiburan, jadi tentu sahaja dirinya sering menjadi sorotan ramai. Baru-baru ini pula, disebabkan perkongsian pengacara Hawa Rizwana diruangan Instagram (IG) peribadinya, dia menerima kritikan hebat apabila imej dirinya di tegur netizen.

Pengacara baru rancangan MeleTOP ini juga tular di media sosial berikutan hal itu. Hawa Rizwana memuat naik beberapa keping foto yang nampaknya membuatkan dia di tegur netizen apabila ramai merasa kurang senang dengan imejnya yang dikritik terutama pemakaian seluarnya yang terlalu ketat.

Sponsored

Selepas dikecam ramai, menerusi sumber Hawa Rizwana bagaimanapun memohon maaf tentang isu tersebut. Dia yang menghadiri sebuah acara mengikut tema rock menerima segala teguran dengan hati terbuka.

“Saya mohon maaf dan akan lebih berhati-hati dalam soal pemilihan pakaian selepas ini. Saya tiada niat nak buat orang marah atau sakitkan hati sesiapa dan menerima setiap komen dengan positif. Foto yang dikongsikan itu adalah ketika saya mengendalikan sebuah acara yang bertemakan rock. Jadi saya mengupah penata gaya untuk sediakan busana yang bersesuaian dengan tema acara itu,” ujar pengacara berusia 27 tahun kepada Gempak.

Sponsored

Menerusi perkongsian Hawa Rizwana terdahulu, dia menerima komen kurang senang ramai yang mengkritik penampilannya itu di ruangan komen, apabila ramai menyifatkan juga, ia tidak sesuai dengan imej muslimah yang dibawanya sebelum ini.

‘Tak manis…’

Sponsored

‘Hawa stay macam dulu…’

Hawa Rizwana

‘Berani betul ea…’

Hawa
SumberGempak