“Dah kenapa aku ulang”- Bakat menari Mia Sara dipuji ramai, video raih jutaan tontonan

Sponsored

Sebut sahaja nama pelakon Mia Sara tentu ramai mengenalinya sebagai seorang pelakon kanak-kanak. Wajahnya sering muncul di kaca televisyen apabila bakat Mia Sarah disukai penonton. Mana tidaknya, kecomelan dan bakat Mia Sarah membuatkan dia antara pelakon kanak-kanak yang sentiasa menjadi sorotan ramai di media sosial.

Mia Sara mula melibatkan diri dalam dunia lakonan sejak kecil dan meskipun peminat merasakan dia masih kecil, Mia Sara kini mencecah usia 18 tahun. Seperti selebriti lain, Mia Sara juga mempunyai ramai peminat.

Sponsored

Sering jadi tumpuan di media sosial

Apa sahaja dilakukannya turut menjadi perhatian oleh peminat dan warganet. Dirinya juga pernah terpalit kontroversi sehingga menjadi bualan hangat di media sosial. Meskipun begitu, Mia Sara terbaharu menarik tumpuan ribuan warganet dengan satu muat naik klip video terbaharu daripada dirinya.

Sponsored

Ini kerana Mia Sara berkongsikan rakaman video dia menari bersama seseorang. Namun begitu, gelagat Mia Sara ini mencetuskan rakaman tersebut ditonton jutaan kali apabila ada yang tidak menyangka dia juga mempunyai bakat menari.

Bakat menari Mia Sara dipuji

Sponsored

Menjengah ke ruangan komen, Mia Sara nampaknya dipuji ramai sehinggakan hantaran tersebut dihujani dengan ratusan reaksi warganet berserta ditinggalkan lebih 160,000 tanda suka.

‘Acting, singing and dancing’

‘Cantik weh tarian dia’

‘Omeynya tengok dia, sopan ja’

Mia Sara

‘Dah kenapa aku ulang…’

Mia Sara