Jawapan Naim Daniel Mengenai Isu Komen Pedas Juri Dipuji Sangat Matang…

Sponsored

Sejak beberapa hari ini kecoh dengan satu insiden yang mana pasangan peserta Famili Duo diberikan komen pedas oleh juri hingga menyebabkan penyanyi tersebut menangis di pentas.

Insiden tersebut melibatkan pasangan sepupu iaitu Naim Daniel dan Sissy Iman. Persembahan mereka pada minggu itu yang mana menyanyikan lagu Jampi membuatkan juri kurang senang dengannya.

Sponsored

Lagu Jampi berkenaan diolah menjadi rentak keroncong menjadikan persembahan itu luar biasa sekali. Namun tidak bagi juri, Mas Idayu yang memberikan komen dengan tegas mengenainya.

Bagaimanapun menerusi satu muat naik di Instagram TV3 Malaysia, Naim Daniel memberikan pendapat mengenai perkara tersebut. Berikut adalah jawapan penyanyi, komposer dan pelakon tersebut:

Sponsored

Dalam sesi temu bual tersebut, jawapan Naim Daniel mengenai isu sedang hangat tersebut dipuji ramai sangat matang dalam melontarkan pendapat.

“Actually I just hope that apa yang jadi hari ini kami jadikan sebagai asam garam dalam reality show. Di samping itu juga kita ingin mengingatkan semua orang, this is family programme seharusnya menghiburkan tak kisah dari persembahan mahupun penjurian..Light and easy..Sissy pun tried very best…”

Sponsored

“Whatever she is, Sissy dah lakukan yang terbaik. She dah keluar dari her comfort zone …Naim sangat bangga dengannya..”

“Naim percaya Mummy lebih arif dan berpengalaman. Naim dan Sissy masih baru dan banyak benda belajar..”

Walaubagaimanapun di ruangan komen, rata-rata warganet memuji jawapan Naim Daniel mengenai isu tersebut. Berikut antaranya:

“Sangat matang dalam melontarkan suara. Syabas Naim. Teruskan usaha dan bersemangat. Sebagai manusia normal, rasa down sikit2 tu biasa. Tarik nafas dalam2 lepas”

“Bagus Naim pandai dia jawab. Matang…”

“Hello..Naim ada diploma music Sissy ada Master in music..Juri ada apa erk? Saja tanya”