Puteri Sarah Terkedu Anaknya Tanya Mengenai Bapa Mereka, “Mama Betul Ke Ayah Kawin Lain?”

Sponsored

Baru-baru ini anak kepada pasangan Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof telah bertanyakan satu soalan yang membuatkan selebriti ini terkedu mendengarkannya. Anak pertama kepada pasangan selebriti ini iaitu, Syaikhul bertanyakan adakah benar bapanya telah berkahwin lain.

Perkongsian mengenainya itu dimuat naik menerusi satu hantaran di Instagram Stories milik peribadi Puteri Sarah Liyana. Dalam muat naik itu, Puteri Sarah memuat naik mengenai anaknya tanya itu yang berbunyi seperti berikut:

Sponsored

“Mama betul ke ayah kawin lain? Sebab tu ke ayah dah lama tak balik rumah? Kenapa ayah ada orang lain”

Disebabkan pertanyaan itu hadir dari anaknya yang baru berusia 6 tahun, Puteri Sarah sendiri terkedu untuk menjawab mengenainya.

Sponsored

Malah dalam tulisan Puteri Sarah turut meninggalkan pesan kepada lelaki-lelaki pentingkan diri supaya tidak berbuat demikian kerana isteri yang perlu menjawab dengan anak-anak.

“Hang cuma pikiaq nafsu hang, ikut kepala hotak hang ja. Ada terfikir tak kawin lari kat siam tu nanti anak tanya nak jawap apa?”

Sponsored

Berikut adalah luahan Puteri Sarah bila anaknya tanya mengenai bapa mereka yang ditulis di Instagram Stories miliknya itu:

Malah dalam muat naik seterusnya, Puteri Sarah menulis dan meminta anaknya itu supaya tidak fikirkan hal dunia.

“Dah jadi abang tapi manja nak minum susu. Abang tak payah fikir hal dunia. Just have fun and study hard”

Sebelum ini industri hiburan kecoh dengan video pengakuan Syamsul Yusof yang sudah pun bernikah dengan isteri keduanya, Ira Kazar. Malah isteri pertamanya, Puteri Sarah pula memfailkan penceraian di Mahkamah Syariah.