Penyanyi nombor satu negara Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ti ini sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Malah baru-baru ini sekali lagi Tok Ti telah menjadi sebutan ramai selepas membuat persembahan dengan menyanyikan lagu bahasa Tamil.
Nyanyian Tok Ti di konsert penyanyi dan komposer tekenal, AR Rahman itu telah menerima pujian ramai. Runut bunyi yang menjadi popular selepas persembahan tersebut adalah lagu Tamil Klasik dengan judul Munbe Vaa.
Bagaimanapun, satu rakaman dengan paparan gelagat anak pertama Tok Ti, Siti Aafiyah turut menyanyikan lagu itu telah mencuri perhatian ramai. Rakaman tersebut telah dimuat naik menerusi akaun Instagram Stories peribadi milik penyanyi popular tersebut.
Berikut adalah rakaman yang sempat diambil dari Instagram akaun Tok Ti dan dimuat naik semula di TikTok ini:
Dalam perkongsian tersebut, Aafiyah menyanyikan lagu tersebut tanpa disedari ibunya sedang merakamkan gelagatnya itu. Turut tertulis dalam rakaman itu adalah, ‘Aafiyah pun dah hafal’.
Wah tak sangka Aafiyah pandai menyanyi dan ada bakat tersendiri! Apa-apa pun meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji Aafiyah pandai menyanyi ini lagu bahasa Tamil ini. Berikut antaranya:
“Memang mak dia setiap masa nyanyi lagu ni untuk persembahan kat AR Rahman tu agaknya. Sampai si Afiah pun hafal jugak”
“Terus cari lagu ni kat Youtube. Memang sedap. Tq Ctdk dan afiyah”
“Mesti Tok Ti selalu buat latihan menyanyi lagu ni. Sedapnya suara Tok Ti. Anak pun dah hafal”
“Pandai ikut tempo..Afiyaa anak ibu”