Pelakon Projek High Council, ‘Fakhri’ Jadi Perhatian Ramai, “Jawline Boleh Buat Potong Bawang”

Sponsored

Baru memasuki episod ketiga tayangan drama terbaharu Astro originals dengan judul Projek High Council, karya ini terus menerus mendapat perhatian. Biarpun barisan pelakonnya ramai yang baru ‘terjun’ dalam industri lakonan, nampaknya bakat mereka terserlah dan memberikan kesan kepada penonton. 

Drama ini memiliki latarbelakang pelajar sekolah berasrama lelaki. Beberapa wajah biasa kita lihat turut ada membintangi drama ini iaitu, Naim Daniel, Azhar Sulaiman, Nadhir Nasar, Sazzy Falak dan ramai lagi.

Sponsored

Para pelakon dalam drama ini telah menghadiri majlis bertemu peminat di beberapa lokasi. Antara ramai-ramai pelakonnya, anak muda memegang karakter Fakhri jadi perhatian ramai. 

Malah gelagat pelakon muda ini turut dirakam dan dimuat naik menerusi akaun TikTok peminat. Berikut adalah rakaman tersebut:

Sponsored

Perkongsian ini ternyata menjadi perhatian ramai. Apatah lagi apabila Fakhri dapat dilihat dan berjumpa dari dekat. Untuk info, pelakon memegang watak Fakhri ini adalah Mierul Aiman, 25 tahun dan bekas finalis Hero Remaja 2021.

Meninjau di ruangan komen perkongsian mengenai anak muda ini telah membuatkan ramai ‘tak keruan’. Malah ada yang berpendapat ‘jawline’ milik Mierul ini menjadi penarik pada penampilannya. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian Fakhri jadi perhatian ramai ini:

Sponsored

“Love nya jaw dia..Luka kalau kena weyyy”

“Jawline boleh buat potong bawang”

“Saya pasti dia ramai crush sekarang. Laki pompuan insecure tengok dia. Confirmed”

“Adehhh tak boleh betul la. Fakhri2”

SumberTikTok