Aaron Aziz ‘Warning’ Sharnaaz Ahmad, Jangan Masuk Campur Isu Dengan Syamsul Yusof

Sponsored

Baru-baru ini, pelakon Sharnaaz Ahmad ada mengeluarkan kenyataan apabila ramai yang menggesanya menarik diri dari filem arahan Syamsul Yusof susulan konflik pengarah itu bersama Aaron Aziz. Namun menurut Sharnaaz, dia mahu bersikap profesional dan tidak bersetuju dengan gesaan tersebut.

Malah Sharnaaz turut meminta orang ramai memikirkan tentang ‘periuk nasi’ krew dan pelakon yang terlibat di dalam pembikinan filem Original Gangster jika ramai yang mahu memboikotnya. Selain itu, Sharnaaz berharap netizen tidak mudah percaya dengan apa yang didedahkan dari sebelah pihak sahaja.

Sponsored

Susulan kenyataan yang dikongsikan Sharnaaz ini, Aaron Aziz turut memberikan responnya di mana dia meminta Sharnaaz untuk tidak masuk campur di dalam urusan tersebut. Jelasnya, orang luar yang tidak berkenaan dengan isu tersebut tidak seharusnya mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Cakap dekat dia (Sharnaaz), jangan masuk campur.”

Sponsored

Aaron memberikan amaran tegas itu kepada Sharnaaz yang telah memberikan kenyataan berhubung isu yang berlaku ini. Dalam masa yang sama, Aaron turut memberikan peringatan awal kepada mana-mana pihak yang mahu masuk campur untuk datang berjumpa dengannya terlebih dahulu.

“Kepada yang tidak terlibat dengan produksi (filem The Original Gangster), jangan bagi kenyataan. Jangan masuk campur. Kalau nak (masuk campur), jumpa saya dulu.”

Sponsored

Terdahulu, Aaron Aziz membuat pendedahan mengejutkan di Instagram tentang konflik sebenar yang berlaku di antara dia dan Syamsul. Ini susulan kenyataan dari pengarah filem itu yang mengatakan faktor usia dan masalah kesihatan sebagai punca Aaron digugurkan dari filem tersebut.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberutusan