Persahabatan Sharnaaz Dan Nabila Dipuji, “Pasangan Paling Matang Demi Anak…”

Sponsored

Bila bercerai tidak semestinya sudah tidak boleh bersahabat. Dalam industri hiburan sendiri ada beberapa pasangan selebriti yang sudah berpisah namun terlihat masih bersahabat baik apatah lagi yang memiliki anak bersama.

Antaranya adalah kakak Neelofa, dikenali dengan nama Nabila dan bekas suaminya yang merupakan seorang pelakon, Sharnaaz Ahmad. Hasil perkahwinan mereka dahulu dikurniakan seorang anak lelaki diberi nama Jebat Jayden.

Sponsored

Biarpun sudah tidak lagi bergelar suami isteri namun persahabatan Sharnaaz dan Nabila dipuji ramai. Sebelum ini tular dengan perkongsian video Sharnaaz menghantar Jebat dan Nabila pergi ke Umrah.

Rakaman live bersama jadi perhatian

Kali ini kecoh pula apabila Sharnaaz dan Nabila terlihat membuat live di TikTok bersama seorang sahabat, Rosix. Menerusi rakaman dan perkongsian semula oleh seorang pengguna aplikasi tersebut dipaparkan Sharnaaz berbual dengan Rosix.

Sponsored
@domokodomo

Suka tengok friendship duaorang ni.

♬ original sound – domoo – domoo

Wanita di sebelah Sharnaaz jadi tanda tanya

Tiba-tiba Nabila turut muncul dan begitu juga Jebat. Anak mereka seakan merajuk kerana mahu berada bersama Sharnaaz. Akhirnya Sharnaaz memujuk dengan akan menghantar pemandunya untuk mengambil Jebat.

Namun apa yang lebih mencuri perhatian ramai adalah di hujung rakaman, Sharnaaz menunjukkan kamera ke arah seorang wanita. Ini membuatkan pelbagai spekulasi timbul. Ada yang mengatakan wanita tersebut adalah teman wanita baru Sharnaaz Ahmad.

Sponsored

Netizen puji persahabatan Sharnaaz dan Nabila

Malah gelagat Rosix yang cukup terkenal dengan gelak tawanya juga membuatkan ramai terhibur. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen:

“Pasangan yang paling matang sekali, demi anak, mak ayah steady..Betullah kata orang bersama tak semestinya bahagia. Berpisah tak semestinya derita”

“Memang ada orang tak serasi bila kahwin, masa jadi kawan serasi pulak”

“Ghisau ekk dorang dua ni hahaha jangkit2 gelak dengan Rosix ni”

“Baba ada girlfrend dah tu..Tak yah la duk doa dengan nabila”

SumberTikTok