Bukan setakat mengacara, hos-hos WHI selamba masuk ‘dapur’ dipuji netizen

Sponsored

Apabila menonton rancangan Wanita Hari Ini (WHI) tentu antara yang menarik perhatian anda adalah hos-hos yang terlibat. Kepandaian mereka dalam membicarakan pelbagai topik mengundang ramai kagum dan tidak jemu menonton rancangan tersebut.

Namun begitu, sejak akhir-akhir ini beberapa hos WHI seperti Uyaina Arshad dan Fiza Sabjahan viral di media sosial kerana telatah mereka di rancangan tersebut yang dalam pada masa sama mengundang tawa penonton.

Sponsored

Walau bagaimanapun, perkongsian pada kali ini memaparkan hos-hos WHI yang jarang dilihat penonton dimana mereka mengundang rasa kagum ramai dengan kelebihan serba boleh mereka yang tidak hanya mengacara malah boleh masuk ke ‘dapur’.

Menerusi rakaman video pendek ini memaparkan beberapa hos WHI tampil terlibat dalam aktiviti memasak. Ada yang memotong bawang, mengoreng ayam, membungkus makanan sehingga mengundang ramai kagum dengan mereka ini.

Sponsored
@whitv3malaysia_official

Kalau korang nak khidmat katering boleh contact min, harga boleh bincang 😄 #whitv3 #fyp #lawak

♬ Cute Funny Song – Bruno Portinho Trilhas para filmes

Muat naik Whitv3malaysia_official tersebut dihujani dengan pelbagai komen warganet yang tertarik dengan gelagat mereka itu disamping tercuit hati melihat rakaman tersebut. Warganet bagaimanapun memuji kesemua hos-hos WHI itu yang dikatakan team yang terbaik.

Semuanya pro-pro belaka. Yang penting cute-cute je. Abang long dah kenapa

Sponsored

Bestnya tengok banyak kerjasama, bukan setakat jadi pengacara je tapi macam-macam boleh buat. Hidup WHI!

Sukalah tengok team WHI, bersatu hati

WHI and team, terbaiklah semua cekap buat kerja masak. Good