Sejak akhir-akhir ini nama Sissy Imann menjadi perhatian ramai selepas menerima kritikan pedas dari juri sebuah rancangan susulan persembahan ‘Jampi’ yang digubah menjadi lagu keroncong.
Komen dan cara kritikan yang dilontarkan oleh juri, Mas Idayu itu telah memberikan kesan emosi mendalam kepada penyanyi dikenali dengan nama Sissy Imann berkenaan.
AC Mizal selar kejadian yang berlaku
Terbaharu, selebriti versetail popular AC Mizal selar individu terlibat dengan kejadian tersebut. Menerusi satu muat naik oleh selebriti tersebut di halaman Facebook miliknya, AC Mizal meluahkan pendapatnya mengenai isu berkenaan.
Dalam luahannya itu AC Mizal selar dengan perbuatan menjatuhkan maruah orang di televisyen. Tulisnya adakah individu berkenaah ada fikir tentang perasaan orang dan sedar diri itu terlalu sempurna.
“Tak ada fikir perasaan orang lain ke?”
“Memang sekarang wajib jatuh kan maruah orang di kaca tv ke?…tak ada fikir perasaan orang ke?…r u to perfect?…jangan bagi alasan dah tanggungjawab kena comment!…nak viral sampai jatuhkan maruah orang baik buat rancangan AYUH MAKI ORANG!…
“Mendidik bukan mengherdik!”
Selain dari itu, AC Mizal turut menjelaskan yang bergurau dan maki orang lain di depan orang ada tahapnya. Malah AC Mizal turut memberitahu yang dia tidak suka orang jatuhkan maruah orang hanya untuk hiburan.
“Bergurau dan maki orang lain di depan orang ada tahap nya….nasib baik bukan saya yang kena hmmm setiap usaha harus dihargai…kelemahan bagi kamu mungkin adalah kekuatan bagi mereka…mendidik bukan mengherdik!Saya dah dalam industri 33 tahun…and i hate orang yang menjatuhkan maruah orang hanya untuk hiburan!mengajar lebih baik dari menunjuk pandai!nobody is perfect!”