Sejak Ahad lalu industri hiburan tanah air kecoh dengan satu rancangan realiti televisyen apabila salah seorang jurinya bertindak memberikan komen pedas kepada pesertanya. Peserta tersebut adalah Naim Daniel dan Sissy Imann dan semuanya menjadi lebih hangat apabila penyanyi wanita tersebut menangis di pentas.
Disebabkan kejadian itu, Sissy Imann dilihat tersentak dan hilang semangat untuk meneruskan kariernya. Apatah lagi Sissy Imann turut umumkan pembatalan pelancaran album terbaharu yang sepatutnya mula dijual awal bulan depan.
Terbaharu, Sissy Imann akui masih ‘down’ dalam luahan yang dikongsikan menerusi akaun Instagram miliknya. Dalam muat naik tersebut Sissy meluahkan sebelum ini pada tengah minggu sebegini dia dan Naim sedang sibuk dengan persiapan persembahan untuk Famili Duo.
Namun hari ini Sissy Imann memberitahu yang otaknya masih kosong tanpa sebarang persiapan dan perancangan untuk persembahan minggu ke 7 rancangan berkenaan.
“Dan harinilah hari yang sepatutnya kita dah dapat audio dari music director selepas selesai practice dengan band yang selalunya hari isnin kita dah siap arrange form. Tapi minggu ini, dalam otak saya kosong. Tak ada lagu. Tak ada visual”
Selain dari itu Sissy juga meminta maaf pada pasangannya dalam rancangan berkenaan kerana tidak mampu untuk jadi sekuat Naim Daniel.
“Kita dah janji untuk sama-sama hadap apa-apa kemungkinan jauh sebelum pertandingan ni bermula tapi saya minta maaf sebab tak dapat jadi sekuat awak. Saya minta maaf sebab awak kena hadap semua pertanyaan seorang diri.
“Saya minta maaf atas semua panggilan dan mesej awak yang saya tak jawab sebelum ni sedangkan semua ni sepatutnya menjadi tanggungjawab kita bersama. Tak semena-mena you have to take the lead now.
“Sissy minta maaf juga pada semua rakan-rakan media dan rakan-rakan who i left in the dark as i am, stuck in the dark too.
Malah Sissy juga meninggalkan kata-kata yang dia akan kembali tidak lama lagi dan mohon diberikan masa sedikit lagi.
“Jangan risau. InsyaAllah i’ll be back. Beri sissy sikit ja masa lagi ya?”
Berikut adalah perkongsian penuh luahan Sissy Iman akui masih ‘down’ dengan apa yang berlaku Ahad lalu itu: