Adam Shahz Baru Tahu Tentang Video Diperli Suami Fatin Afeefa, “Saya Rasa Lebih Baik…”

Sponsored

Sebelum ini, suami kepada Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang atau mesra dipanggil Opai telah memerli bekas suami isterinya, Adam Shahz. Terdahulu, Opai telah menemani Fatin Afeefa hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah untuk perbicaraan pertama berhubung hak penjagaan anak mereka, Ivy Herra Sophia.

Opai menjadi perhatian ramai apabila dia memuat naik sebuah quotes yang dirakamkan di kawasan mahkamah dan seolah-olah menujukannya kepada Adam Shahz. Video itu kemudiannya menerima kecaman ramai dan ianya dipadamkan dari akaun Tik Tok suami Fatin Afeefa ini.

Sponsored

Menurut Adam Shahz, dia tidak mengetahui tentang video dirinya disindir itu sehingga ia dikirimkan seseorang kepadanya. Walau bagaimanapun, pelakon lelaki itu enggan mengulas lebih lanjut tentang sindiran yang diberikan oleh Opai ini.

“Saya pun tak tahu nak komen apa sebab saya rasa lebih baik saya berdiam diri saja.”

Sponsored

Semasa ditanyakan tentang perasaannya disindir begitu sekali, Adam mengakui dia sudah lali diperlakukan begitu selepas lima tahun menjadi bekas suami kepada Fatin Afeefa. Baginya apa yang dilakukan oleh suami kepada bekas isterinya itu hanya sedikit sahaja dari apa yang dilaluinya selama ini.

“Selama 5 tahun berpisah dengan Fatin pun banyak perkara dah berlaku sampai saya dah lali. Jadi apa lah sangat yang suami dia buat pada saya ni.”

Sponsored

Terdahulu, Adam Shahz dan Fatin Afeefa gagal mencapai kata sepakat berhubung hak penjagaan anak mereka. Namun Adam menegaskan dia akan tetap menuntut hak penjagaan tersebut selepas nombor telefonnya disekat oleh bekas isteri dan keluarga mentuanya itu. Difahamkan, proses sulh akan disambung semula 28 Februari ini sebagai sebutan semula hak penjagaan anak mereka di hadapan hakim.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbergempak