Digelar Tak Profesional, Ini Sebabnya Sophia Albarakbah Batalkan ‘Interview’ Dengan Media Pada Saat Akhir

Sponsored

Hasrat media untuk mendapatkan kenyataan dari Sophia Albarakbah berhubung kontroversi yang melandanya gagal apabila pelakon itu tidak hadir pada sidang media drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah. Walaupun pada awalnya, pelakon wanita itu mengesahkan dia akan hadir di sidang media tersebut.

Difahamkan, makluman tentang ketidakhadiran Sophia itu dimaklumkan oleh wakil produksi dikenali sebagai Farid yang memberitahu kira-kira 15 minit sebelum majlis bermula. Terdahulu, Sophia terpalit dengan kontroversi dengan Aliff Aziz yang turut membintangi drama tersebut.

Sponsored

Menurut Farid, pelakon wanita itu tidak dapat hadir kerana berlakunya pertukaran jadual penggambaran. Tambahnya, Sophia perlu menghabiskan babak drama lakonannya sebelum dia berangkat ke Jakarta, Indonesia pada hari Khamis untuk urusan kerja.

“Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana heroin drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah tidak dapat hadir kerana sedang menjalani penggambaran di Subang. Saya faham perkara ini tidak patut berlaku namun babak membabitkan Sophia perlu diteruskan juga.”

Sponsored

Ujarnya lagi, perkara itu tidak dapat dielakkan bagi memastikan kelancaran drama tersebut. Dilaporkan, kira-kira 20 media hadir di sidang media itu bagi mempromosikan drama dibintangi Aliff Aziz dan Sophia Albarakbah ini serta mahu mendapatkan kenyataan dari pelakon wanita itu berhubung kontroversi yang hangat diperkatakan sekarang.

Walau bagaimanapun, Aliff Aziz tetap hadir di sidang media tersebut dan menjawab segala pertanyaan yang diajukan media. Menurut Aliff, dia tidak menganggap tindakan isterinya mendedahkan perkara itu untuk memperbesarkan isu tersebut sebaliknya hanya mahu menjelaskan perkara sebenar.

Sponsored

Dalam masa yang sama, Aliff meminta Sophia untuk tampil menjelaskan kontroversi yang melanda dirinya bagi menjernihkan keadaan. Terdahulu, Bella Astillah mendedahkan pelakon wanita itu mengaku mempunyai perasaan terhadap suaminya melalui kiriman mesej.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbermstar