Adira Dan Madunya Mesra Bersama Buat Ramai Puji Hubungan Dengan Isteri Pertama

Sponsored

Pelantun suara bagi lagu Ombak Rindu dikenali sebagai Adira Suhaimi baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai. Muat naik video pendek Adira dan madu, Datin Red telah membuatkan peminatnya teruja.

Untuk info, Adira Suhaimi adalah isteri kedua kepada seorang individu digelar Datuk Red. Muat naik video pendek bersama isteri pertama, Adira telah terima pujian ramai kerana hubungan baiknya bersama madunya itu.

Sponsored

Menerusi perkongsian video tersebut kelihatan Adira dan Datin Red mengenakan pakaian sedondon warna hitam dan berjalan berpegangan tangan. Turut dikongsikan kedua-duanya menghadiri majlis fesyen show bersama-sama.

Berikut adalah perkongsian Adira bersama madunya nampak mesra ketika menghadiri acara berkenaan yang dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya:

Sponsored

Di ruangan komen, Adira turut bersyukur kerana Datin Red sudi menerima dirinya sebagai sebahagian dari hidup madunya itu. Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap Adira dengan madunya ini.

Biarpun bergelar isteri kedua namun Adira nampak baik dan mesra dengan madunya. Ini membuatkan netizen meminta wanita lain jadikan Adira sebagai contoh dalam hidup bermadu. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian Adira dan madunya ini:

Sponsored

“Lama dah admire Datin Red dan Adira ni. Walaupun bermadu tetap tak burukkan dan salahkan siapa2. Adira pandai bawa diri sebagai isteri ke 2..”

“Love lah hubungan kedua insan hebat ini..Semoga berbahagia selalu bersama..Menjadi contoh teladan terbaik dalam kekeluargaan terhadap masyarakat…”

“Adira jadi contoh untuk perempuan kat luar sana..Kalau Adira tak baik takkan terjadi hubungan ini…”