Akhirnya Aedy Ashraf ‘join’, gelagat hanya tergelak depan Amelia Henderson cuit hati netizen

Sponsored

Kejayaan rancangan Sembang Studio dikendalikan oleh pelakon dan pengacara jelita, Amelia Henderson membuatkan orang ramai ternanti-nantikan Aedy Ashraf dijemput sebagai artis jemputannya. Malah Amelia Henderson juga pernah menjawab permintaan peminat itu terdahulu.

Walau bagaimanapun, selepas sekian lama dinantikan oleh peminat mereka sekali gus penonton setia drama Kisah Cinta Kita yang mengandingkan mereka sebagai watak utama akhirnya peminat dapat melihat Aedy Ashraf berada di Studio Sembang.

Sponsored

Sebelum itu, hubungan cinta mereka yang kembali membuatkan pasangan sama cantik, sama padan ini tidak henti-henti membuatkan peminat teruja melihat momen sweet mereka bersama.

Walau bagaimanapun, Studio Sembang berkongsikan momen lucu pasangan ini buat tatapan umum yang mana dalam pada mereka bertemu di rancangan tersebut, rupanya mereka sepanjang rancangan tidak dapat menahan ketawa antara satu sama lain.

Sponsored

Ruangan komen bagaimanapun pasangan ini dihujani dengan reaksi-reaksi lucu oleh peminat dan warganet yang turut terhibur mendengar gelak tawa mereka.

“Bila kimia dan berhubung ni memang serasi sangat wei, akan auto gelak macam ni. Hati bertemu hati kot. Aku dengan wife aku kalau gelak gini la jadinya…”

Sponsored

“Apa yang lawak sangat lovebirds ni gelak non stop, dengan aku-aku pun ikut gelak jugak. Korang dua ni gelak pun comel”

“Siapa yang gelak sampai berbunyi tu? Saya gelak sebab tengok diorang gelak je”

“Walaupun tak tahu hujung pangkal, ku gelak jugak la penat dengar ketawa”