Beberapa hari lalu, media sosial dikejutkan dengan kisah kecurangan pempengaruh Tik Tok terkenal iaitu View Chin yang curang dengan pekerjanya sendiri, Amirah Firdaus. Susulan pendedahan itu, ramai yang memberikan kecaman kepada Mira yang dikatakan sebagai penyondol dan pemusnah rumah tangga orang.
Namun Mira menegaskan dia mula menjalinkan hubungan dengan majikannya itu selepas View Chin dan Ah Moi sah bercerai. Dia juga kemudian membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Ah Moi serta anak-anaknya di atas apa yang berlaku sebelum ini.
Muat naik gambar terbaru
Selepas sekian lama mendiamkan diri, Mira kembali memuat naik perkongsian terbaru di Instagram baru-baru ini. Di dalam hantaran tersebut, wanita itu berkongsikan gambar dirinya berdiri di hadapan sebuah cermin di mana dia dipercayai telah kembali semula ke pejabat untuk bekerja.
Malah kapsyen yang dimuat naik pada gambar itu juga mencuri tumpuan ramai apabila dia menggambarkan seolah-olah sudah ‘move on’ dengan apa yang terjadi dan kembali dengan semangat baru untuk meneruskan kehidupannya selepas apa yang terjadi.
Walau bagaimanapun, Mira mengehadkan ruangan komen dan tidak membenarkan sebarangan komen ditinggalkan di hantaran tersebut. Dia juga dilihat hanya membiarkan komen-komen berunsur positif dan kata-kata semangat sahaja untuk tatapan orang ramai.
Terdahulu, isu curang di antara View Chin dan Mira didedahkan sendiri oleh Ah Moi di Facebook di mana mereka didakwa telah melakukan perbuatan ‘jijik’ untuk beberapa tahun malah sering ‘check-in’ untuk tidur bersama walaupun pada waktu tersebut isterinya masih di dalam pantang.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.