Ali Puteh Dakwa Jumpa Garam Kasar, Limau Kering, Bangkai Mengkarung Luar Rumah Lepas Hidayah Abam Pulang

Sponsored

Sejak petang Jumaat kecoh di sosal media dengan satu video yang dimuat naik oleh isteri Allahyarham Abam, Nor Hidayah mengenai kehadirannya ke rumah peninggalan suaminya itu tidak dilayan. Malah dakwanya dia dan peguam menunggu selama sejam di luar rumah dan menekan loceng namun tiada siapa yang buka.

Namun begitu, satu video terbaharu ini pula turut menjadi tumpuan ramai. Video yang pada asalnya dimuat naik di Instagram Ali Puteh itu sudah pun dipadam namun sempat dimuat naik di Tiktok OhBulan.

Sponsored

Dalam video tersebut, Ali Puteh dakwa jumpa garam kasar, limau kering, bangkai mengkarung luar rumah tinggalan Allahyarham Abam tersebut. Menurutnya lagi, sejak ibunya meninggal dunia mereka tidak lagi tinggal di rumah berkenaan.

Berikut adalah video yang memaparkan Ali Puteh dakwa jumpa garam kasar, limau kering, bangkai mengkarung luar rumah tinggalan Allahyarham Abam:

Sponsored

Perkongsian semula rakaman tersebut telah meraih jutaan tontonan. Meninjau di ruangan komen rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai isu berkenaan seperti berikut:

“Mengikut pengalaman saya…Biasanya garam ni diguna untuk menghalau jin atau syaitan..Tak nampak pulak bangkai mengkarung seperti yang didakwa…”

Sponsored

“Garam bukan ke pagar rumah daripada benda tak baik? So ape kena mengena garam tu dengan balu arwah datang rumah?”

“Benda dah menang…Tak kan nak sihir orang yang kalah..Lagi pun tu lawyer..bukan bomoh”

“Tadi masa dia datang orang dalam rumah tu pergi mana. Kenapa tak keluar. Garam jugak yang dia nampak hutang tak nampak.”