Ali Puteh Kesal Video Penemuan Garam Ditabur Depan Rumah Jadi Bahan Sindiran

Sponsored

Jumaat lalu tular di sosial media apabila isteri Allahyarham Abam memuat naik satu video yang mana dia dan peguam ke rumah tinggalan dan tidak dibukakan pagar. Namun di luar rumah ada kenderaan dan keadaan sekitar kediaman tersebut seakan tidak berjaga.

Malah menjadi lebih kecoh lagi apabila adik Allahyarham Abam, Ali Puteh memuat naik satu video yang menyatakan dia menemui beberapa barangan seperti garam, kulit limau dan lain-lain ditabur di depan rumah tinggalan Allahyarham Abam itu.

Sponsored
@miangmore

Sebelum ni Dayah diam je..org belah sana suka tindas mcm2.. Apapun fight your right dayah! #hidayahhamzah #baluabam #abambocey #aliputeh #samanfitnah #farait #fyp

♬ Rapuh_ – Zali

Perkongsian video yang sudah pun diturunkan semula itu bagaimanapun menerima pelbagai reaksi ramai. Ada yang mempertikaikannya dan juga menjadikan video itu sebagai bahan senda gurau.

Muat naik terbaharu Ali Puteh kesal video penemuan garam ditabur depan rumah jadi bahan jenaka ramai. Berikut adalah luahan pelawak ini yang dikongsikan menerusi akaun Instagram miliknya:

Sponsored

Dalam luahannya itu, Ali Puteh menulis tentang kekesalan mengenai perkongsiannya sebelum ini yang menjadi bahan ejekan. Tulis Ali Puteh kesal video dengan perkara jadi bahan jenaka itu lagi, tidak kena pada anda semua bolehlah ejek, kalau dah terkena nanti tahulah.

“Ada yang ejek ini sebagai jenaka, ada yang komen ini rekaan. Siap tulis jangan lupa tambah garam dalam masakan. Tidak kena pada anda semua, kalau kena pada yang komen tahulah semua. Baru tahu apa yang kami sekeluarga rasa.

Sponsored

Tambahnya lagi perihal sebegini jangan dibuat main dan Ali Puteh turut mendakwa sudah pulangkan ‘barang’ yang dihantar tersebut.

“Ini barang jangan dibuat main. Pada si penabur jangan risau. Kita dah pulangkan ‘barang’ kamu. Semoga Allah beri keampunan.”