Sejak akhir-akhir ini kemelut antara balu Allahyarham Abam, Hidayah dengan Ali Puteh kembali hangat diperkatakan. Sebelum ini atas perintah mahkamah, Ali Puteh perlu membayar sejumlah wang kepada Hidayah atau lebih mesra dengan panggilan Dayah.
Jumaat lalu tular pula di sosial media apabila Dayah mengambil langkah untuk memuat naik satu video ketidakpuas hatinya kerana sudah ke rumah tinggalan Allahyarham Abam bersama peguam namun tiada seorang pun dari pihak sana buka pintu selepas sejam menunggu.
Lebih kecoh lagi apabila Ali Puteh memuat naik satu video yang mengatakan ada garam ditabur di sekeliling pagar rumah itu selepas Hidayah pulang bersama peguamnya itu.
Disebabkan video Ali Puteh itu juga membuatkan netizen ‘berkampung’ di ruangan komen Instagram Dayah. Tidak mudah melatah, Dayah meninggalkan reaksi mengenai tuduhan yang dibuat oleh Ali Puteh itu seperti berikut:
“Tula tabur fitnah kesalahan besar nk tutup kesalahan xnk npk kesalahan sendri ada pulak org dkt rumah ye huhu..xpela bayar 60k klu bnda btl kenapa perlu deletd video balik..”
Kenyataan balas dari Dayah menegenai video berkenaan membuatkan ramai yang setuju jika wanita kental ini menyaman individu yang menuduhnya itu. Berikut antaranya:
“Apalah masalah keluarga belah sana ni. Busuk hati betul. Halau dorang dari rumah tu. Guna kuasa undang2..Bagus Dayah datang dengan peguam. Biar dia rekodkan semua…”

“Harta anak yatim jangan dibuat main, jangan sesekali ingkar arahan Allah..Rumah dibina untuk isteri dan anak. Adik beradik pulak conquer. Tak malu ke adik beradik arwah abam ni?”

“Saman la pasal dakwaan tabur garam. Sebab terangan dia tuduh”
