Kontroversi yang melanda rumahtangga pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz dan Bella Astillah sekali lagi telah menjadi bualan ramai. Pendedahan oleh Bella Astillah mengenai ada seorang pelakon wanita yang akui tersuka suaminya ini telah menjadi tanda tanya ramai siapakan figura berkenaan.
Namun Bella Astillah hanya mendedahkan serba sedikit mengenainya tanpa menyebut sebarang nama. Terbaharu Bella Astillah memuat naik perbualan Whatsap dengan pelakon wanita berkenaan membuatkan teka-teki selama ini terjawab.
Pelakon wanita berkenaan adalah Sophia Albarakbah yang kini masih di set penggambaran drama bersama Aliff Aziz. Menerusi sidang media drama yang bakal ditayangkan tidak lama lagi, Aliff Aziz akui kekhilafan sendiri dan menegaskan isterinya tidak akan keluarkan sebarang kenyataan tanpa usul periksa.
Ini adalah kerana ada yang mengatakan Bella hanya membuat tuduhan tanpa bukti. Malah Aliff Aziz juga turut akui apa yang terjadi disebabkan silap dirinya sendiri. Malah dia juga merasakan Aliff dan Sophia terbawa-bawa perasaan yang dicipta bagi watak lakonan mereka.
Dalam rakaman ini Aliff akui akur permintaan isteri tidak akan berlakon lagi dengan Sophia Albarakbah. Malah Aliff juga mengatakan ini bukan gimik untuk drama tersebut dan jika dia diminta untuk melakukannya, sudah pasti pelakon lelaki ini tidak mahu buat.
Selain dari itu Aliff Aziz akui kekhilafan sendiri dengan apa yang terjadi. Katanya mungkin ini teguran dari Tuhan apabila menjalani penggambaran supaya tidak menjaga batas ikhtilat.
Aliff turut berharap apa yang berlaku ini tidak berlarutan kerana dia dan pelakon wanita tersebut masih perlu menyelesaikan tanggungjawab mereka untuk drama berkenaan.