“Megah Holding vs Sejuk Holding”- Gelagat Samer bersama Mustapha Kamal jadi tumpuan netizen

Sponsored

Jika anda sering mengikuti Drama Spontan daripada pengarah dan Youtuber terkenal, Syahmi Sazli tentu anda mengenali dengan watak baru, Samer. Tidak hanya itu, Syahmi Sazli juga berjaya membuatkan nama Samer semakin dikenali selepas menampilkan watak baharunya itu dalam beberapa rakaman video di Facebook miliknya.

Samer yang mempunyai karakternya yang suka menawarkan pelbagai barangan termasuklah haiwan seperti ayam, arnab dan paling popular merupakan burung kepada Syahmi. Gelagatnya ketika menawarkan barang jualannya beserta penggunaan perkataan ‘sejuk’ yang sering diucapkan begitu mencetuskan fenomena tersendiri di media sosial.

Sponsored

Walau bagaimanapun, terbaharu Syahmi Sazli berkongsikan perkembangan Samer bersama pelakon terkenal, Mustapha Kamal. “Sudoh doh la, Samer training berlakon dengan Mustapha Kamal untuk Supertele Astro akan datang,” ujar Syahmi yang memberitahu Samer berlatih berlakon dengan pelakon tersebut.

Tentu sahaja perkembangan tersebut membuatkan peminat Samer dan pelakon terkenal itu sendiri teruja malah dalam satu muat naik juga memaparkan Mustapha Kamal berbual dengan Samer.

Sponsored
@kisahsisyahmi

Samer vs Papa Megah Holding.. Insyaallah esok bermula shooting karya terbaru Mi, utk tontonan bulan puasa nanti di kaca tv. Doakan.. #syahmisazli #samer #syahmisazliproduction #anissafaizul

♬ Dj Old El Perdon X Melody Sloww Bass – Dipta Fvnky

Difahamkan Samer bakal terlibat dalam sebuah Supertele Astro berjudul 1 Hari Sebelum Raya. Menjengah ke ruangan komen, peminat dan netizen sempat berseloroh dengan pelbagai reaksi terhadap dua individu tersebut.

‘Dah tahu dah siapa waris megah holding sdn bhd…’

Sponsored
Samer

‘Sejuk doh sampai dalam Astro nanti’

‘Lain macam bila CEO boleh jumpa’

‘Bincang projek juta-juta tu’