Aliff Syukri Reka Sendiri Baju Dalam MV Raya, Inspirasi Dari Power Rangers, “Badan Dah Elok, Tak Tunjuk Rugilah…”

Sponsored

Setiap kali Hari Raya Aidilfitri menjelma, usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri pasti akan membuat kejutan dengan mengeluarkan lagu raya nyanyiannya sendiri. Seperti yang diketahui ramai, muzik video yang dikeluarkan usahawan ini telah menerima kritikan hebat dari netizen.

Bukan sahaja kerana aspek nyanyiannya malah penampilan di dalam muzik video tersebut turut menjadi pertikaian ramai. Di dalam muzik video lagu berjudul Chu Ku Chuk Raya itu, Aliff Syukri dan beberapa penari lelaki dilihat mengenakan sut berwarna warni melekap pada badan sekaligus menampakkan bentuk tubuh badan.

Sponsored

Usahawan itu akhirnya tampil menjelaskan mengenai pakaian yang menjadi bualan ramai ini di mana menurutnya dia memilih pakaian itu untuk menyerlahkan tubuh badannya yang tegap dan sasa. Jelasnya, pakaian itu bukanlah sut baju menyelam seperti yang dikatakan netizen.

“Itu bukan baju renang, itu baju berbasikal yang saya ambil inspirasi dari Power Rangers. Saya yang reka sendiri.”

Sponsored

Dalam masa yang sama, Aliff Syukri turut mempertikaikan mengapa dia sering menerima kecaman netizen gara-gara fesyen yang ditampilkan. Malah dia turut membandingkan dirinya dengan penyanyi Aina Abdul yang juga mempunyai citarasa fesyen yang unik dan lain daripada lain.

“Bagi saya fesyen itu universal, kenapa Aina Abdul pakai pelik-pelik netizen boleh terima? Apa kurang saya? Bila badan dah elok tak tunjuk itu rugilah, badan saya lawa.”

Sponsored

Usahawan itu berpendapat sesiapa sahaja berhak untuk berfesyen dan tidak menjadi satu kesalahan selagi ia bukan berbogel. Baginya, pakaian yang ditampilkan di dalam muzik video itu dilihat tidak senonoh mengikut pandangan dan pemikiran masing-masing.

Terdahulu, Aliff Syukri meluahkan rasa berang apabila stesen radio tempatan tidak memutarkan lagu rayanya itu malah lagu itu juga tidak ditayangkan di televisyen. Ujarnya, pihak berkenaan perlu memberikan layanan yang adil kepada semua penyanyi apatah lagi lagu rayanya itu ‘trending’ di media sosial.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbermstar