Penyanyi Syada Amzah menafikan ibunya telah memfailkan perceraian baru-baru ini seperti yang disangkakan ramai. Terdahulu, isteri kepada ND Lala dilihat hadir di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 3 April lalu sekaligus menimbulkan pelbagai spekulasi.
Jelas Syada, dia meminta orang ramai untuk tidak membuat spekulasi mengenai kehadiran ibunya di mahkamah tersebut. Difahamkan, Datin Fauziah berada di mahkamah bukan di atas tujuan perceraian sebaliknya hal lain yang tidak dapat dikongsikan kepada umum.
“Tidak semestinya apa yang orang sangkakan itu benar. Kehadiran ibu saya ketika itu bukan bertujuan untuk menfailkan penceraian. Malah, saya sendiri sudah melihat surat yang dibawa pulang oleh ibu.”
Dalam masa yang sama, Syada meminta orang ramai untuk memberikan mereka sekeluarga ruang dan masa untuk menyelesaikan konflik tersebut. Menurutnya, kes tersebut masih lagi belum selesai dan mereka kini cuba mencari solusi yang terbaik untuk semua pihak.
“Kes ini masih belum selesai, seperti saya katakan beri ruang kepada kami untuk mencari solusi bagi kemelut ini. Malah, kami sendiri belum mengetahui apa yang bakal berlaku pada masa akan datang.”
Sebelum ini, penyanyi veteran ND Lala didakwa telah mengahwini seorang wanita muda dan dakwaan itu dikuatkan lagi dengan perkongsian gambar oleh Datin Fauziah di Instagram. Difahamkan, wanita yang dimaksudkan sebagai isteri kedua ND Lala merupakan sahabat baik kepada Shila Amzah dan mempunyai hubungan rapat dengan mereka sekeluarga.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.