Pelakon Syazwan Zulkifly baru-baru ini telah ditemu bual oleh pihak media mengenai rancangannya untuk Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menurutnya, dia bakal beraya bersama bekas tunangnya dan mengakui hubungan mereka masih lagi dalam keadaan yang baik walaupun telah putus tunang.
Difahamkan, keluarga kepada bekas tunangnya itu telah pun meninggal dunia kerana Covid-19 sebelum ini. Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk membawa wanita itu beraya bersama keluarganya tahun ini tambahan pula keluarga mereka sudah saling kenal satu sama lain.
“Saya duduk dekat rumah je raya ni, tunggu orang datang. Tapi mungkin bekas tunang saya ikut sekali kot kali ni. Keluarga dia dah meninggal dunia sebab Covid-19. Asalnya kami kawan kan, jadinya mak saya dah kenal dia.”
Perkongsian video yang dimuat naik di Tik Tok itu kemudiannya meraih perhatian netizen susulan penampilan pelakon itu yang nampak berbeza. Rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dengan imej bersubang yang digayakan oleh Syazwan termasuklah aksesori rantai yang dipakai di lehernya.
Tidak cukup dengan itu, netizen turut menyamakan penampilan Syazwan dengan penyanyi terkenal dari luar negara iaitu Sam Smith. Ujar netizen, gaya yang ditampilkan pelakon itu jauh berbeza dengan penampilan biasanya sebelum ini membuatkan ramai tertanya-tanya mengenai perubahannya itu.
“Dah macam Sam Smith dah.”
“Apehal ko jadi macam ni nyah.”
“Memati ingatkan Sam Smith mai dari bangkok.”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.