Almari Baju Bilal Jadi Tumpuan, Netizen Puji Neelofa ‘Well-Organized’, “Ingatkan Kedai Baju…”

Sponsored

Perkongsian terbaru dari selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa di Instagram telah menjadi bualan ramai baru-baru ini. Di dalam video yang dimuat naik itu, Neelofa berkongsikan tentang kebaikan botol susu yang digunakan untuk anaknya, Bilal.

Difahamkan, video tersebut dirakamkan di dalam bilik anaknya jika dilihat pada barang-barang dan hiasan yang berada dalam bilik tersebut. Walaupun video itu pada asalnya dimuat naik untuk berkongsikan tentang produk botol susu itu, namun tumpuan netizen lebih tertumpu kepada almari baju Bilal yang berada di belakang Neelofa.

Sponsored

Ini berikutan kerana Neelofa telah menyusun baju-baju Bilal mengikut jenis, warna dan kepanjangan baju sekaligus membuatkan ramai kagum melihatnya. Malah ramai juga yang turut kagum dengan keadaan bilik Bilal yang dilihat begitu tersusun rapi dan sedap mata memandang.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pujian kepada Neelofa kerana sentiasa kemas dan menjaga kebersihan persekitaran bilik anaknya itu. Sehinggakan ada yang menyangka video tersebut dirakamkan di butik menjual pakaian bayi kerana susunan rapi di dalam almari tersebut.

Sponsored

Dalam masa yang sama, ada juga netizen yang bertanyakan sama ada Neelofa kini sedang hamil anak kedua kerana perubahan bentuk badannya. Namun setakat ini, tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh selebriti itu untuk mengesahkan berita tersebut.

“Ingatkan kedai baju, rupanya wardrobe Bilal omg.”

Sponsored

“U ni memang another level lah lofa, well organized orangnya.”

“I focus kat wardrobe bilal.”

Terdahulu, Neelofa mencetuskan tanda tanya apabila dilihat menggunakan kerusi roda semasa tiba di sebuah lapangan terbang. Malah ada yang membuat spekulasi ibu kepada Muhammad Bilal ini sedang hamil anak kedua dan tidak larat untuk berjalan jauh semasa di lapangan terbang itu.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberinstagram