Pengacara dan usahawan Neelofa antara selebriti yang sering mencuri tumpuan ramai. Dari kisah karier, perniagaan hinggalah peribadi, ada sahaja yang menjadi bahan bualan di internet dan sosial media.
Tidak dinafikan juga Neelofa antara yang boleh dijadikan idola dan contoh kepada wanita lain. Malah keperibadiannya turut dipuji peminat Neelofa sendiri. Cakaplah apa pun, Neelofa masih menjalani kehidupannya dengan baik-baik sahaja.
Bagaimanapun, terbaharu satu rakaman dengan paparan Neelofa tiba di lapangan terbang dan dilihat figura ini ditolak di atas kerusi roda oleh suaminya, PU Riz.
Berikut adalah perkongsian rakaman tersebut yang telah menjadi bualan hangat warganet:
Muat naik Neelofa disorong atas kerusi roda ini telah dimuat naik oleh seorang pengguna Tiktok dengan nama akaun seorangnur dan meraih lebih sejuta tontonan.
Perkongsian rakaman tersebut nampaknya membuatkan ramai tertanya-tanya apakah keadaan sebenar Neelofa. Berikut antara teka-teki yang ditinggalkan di ruangan komen dengan rata-rata warganet bertanyakan kenapa Neelofa disorong atas kerusi roda sebegitu:
“Tak laa Lofa gastric cramp lah..Leh tengok IG fan dia ada explain..Bilal masih lom ready jadi abang”
“Terkejut tengok Lopa atas wheelchair..Rupanya Lopa penat tak larat berjalan. Semoga sihat2 sokmo my idola”
Sumber: TikTok seorangnur