Kemunculan pelakon baru, Anna Jobling dalam sebuah drama yang tidak hanya mencetuskan fenomena di Malaysia malah Indonesia berjudul Melur Untuk Firdaus dalam pada masa sama mencetuskan namanya melonjak naik. Namun begitu, turut timbul komen peminat yang menyangka dia adalah pelakon, Amelia Henderson.
Mana tidaknya, wajah jelita kedua-dua pelakon berkenaan mencetuskan ada yang keliru. Sekadar info, Amelia Henderson merupakan pelakon kacukan India-Scotland manakala Anna Jobling pula pelakon kacukan gadis kacukan Melayu, Inggeris dan Portugis dan masing-masing cukup popular tidak hanya disebabkan wajah jelita mereka namun juga kerana bakat lakonan yang seiring.
Tidak hanya jelita, pelakon berbakat
Meskipun begitu, nampaknya kedua-dua pelakon jelita ini dipertemukan dalam satu rancangan temubual yang dikendalikan oleh Amelia Henderson sendiri sebagai hos berjudul, Studio Sembang yang kini semakin menarik perhatian ramai dengan tetamu jemputan yang hadir. Kali ini, Anna Jobling dan Meerqeen pula berada di rancangan tersebut.
Tentu sahaja pertemuan Amelia Henderson dan pelakon utama Melur Untuk Firdaus itu begitu menarik tumpuan ramai. Apatah lagi mereka pernah disangka orang yang sama.
Kedua-dua pelakon berkenaan juga nampaknya akui hal yang sama dan video yang dikongsikan itu pula tidak hanya meraih ribuan tanda suka, ruangan komen pula mereka dihujani pelbagai reaksi peminat dan warganet.
‘Akhirnya…’

‘Saya ingatkan tu Amelia…’

‘Cam kembar lak…’

‘Selama ni aku ingat Amelia dan Anna Jobling orang yang sama…’
